Kerajaan hari ini tidak tahu malu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan sepatutnya menolak sokongan empat Ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL (PN) jika benar-benar berpegang kepada prinsip.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ini membuktikan kerajaan hari ini tidak tahu malu kerana menyatakan menentang aktiviti lompat.

- Advertisement -

“Sepatutnya apabila empat ahli parlimen tukar sokongan…mereka perlu tolak sokongan ini kerana bertentangan prinsip mereka selama ini.

“Apa kerajaan lakukan ini akan makan diri, mungkin tak lama lagi atau suatu masa nanti,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut berharap semua ahli parlimen terbabit iaitu Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri.

“Ya kita kecewa. Kita harap mereka yang pergi ke seberang sana dapat timbang semula tindakan dan tarik balik apa mereka laksanakan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, tiada Ahli Parlimen PAS didekati individu tertentu supaya menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setakat ini dalam makluman kita tidak ada,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/11/2023

- Advertisement -