Bentangkan secara terperinci ekonomi Madani

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadangkan untuk membentang perancangan ekonomi Madani secara terperinci kepada rakyat berikutan selepas setahun pentadbiran kerajaan sekarang, banyak masalah berkaitan kos sara hidup berlaku di negara ini.

Cadangan itu dikemukakan oleh Dato’ Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) dalam soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

- Advertisement -

Beliau berkata, pembentangan itu penting untuk memastikan keterjaminan atau kemampanan ekonomi Madani yang dirancang itu benar-benar mencapai sasaran.

Menjawab persoalan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan pandangan Hamzah bahawa perlu ada penerangan lebih terperinci kepada rakyat.

“Insya-Allah, saya usahakan pada 13 Oktober ini, pada pembentangan Belanjawan Madani kedua,” katanya menjawab soalan Ketua Pembangkang itu.

Beliau pada masa sama, mengesyorkan untuk dibaca ekonomi Madani bersama Kajian Separuh Penggal dan juga transisi tenaga pelan perindustrian yang mencerakin secara terperinci pelaksanaan program. – HARAKAHDAILY 9/10/2023

- Advertisement -