Solidariti bersama Taufan Al-Aqsa

- Advertisement -

“YA Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau pada batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan mereka; kacau-bilaukan persatuan mereka; cerai-beraikan pakatan mereka; goncangkan pendirian mereka; hantarkanlah anjing-anjing-Mu ke atas mereka.”- petikan Qunut Nazilah.

1. 50 tahun selepas Perang Yom Kippur (6 Oktober 1973) untuk mengambil semula tanah Palestin yang dirampas, perjuangan Palestin melakar sejarah baru melalui serangan kilat berskala besar Sabtu baru-baru ini (7 Oktober 2023). Buat pertama kali dalam sejarah, pejuang Palestin dari Gaza berjaya menyusup masuk dari pelbagai arah melalui jalan darat, laut, malah udara ke dalam kawasan tanah haram Israel.

2. Selain sebagai balasan terhadap pendudukan haram dan penindasan berterusan oleh rejim Israel ke atas Palestin, serangan yang dinamakan Operasi Taufan Al-Aqsa ini adalah satu tamparan hebat terhadap normalisasi hubungan negara-negara Arab dengan Israel sebagaimana yang diidamkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam ucapannya di PBB beberapa hari lalu.

3. Intifada ini juga menjadi manifestasi kekentalan semangat juang umat Islam Palestin; biarpun berhadapan seribu satu cabaran seperti sekatan ekonomi, kekurangan sumber, dan kempen pembunuhan terancang ke atas pimpinan mereka, perjuangan Palestin tetap tidak mati malah semakin subur sehingga kini.

4. Sebagai solidariti bersama saudara-saudara kita di Palestin, marilah kita tunaikan solat hajat, lazimi bacaan Qunut Nazilah, dan bermunajat memohon bantuan Allah S.W.T kepada para pejuang yang sedang berjihad menentang kezaliman di bumi Al-Quds yang kita cintai:

“Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka bukanlah mereka dari kalangannya.”– Riwayat Iman al-Thabarani dan al-Hakim.

“Malaysia Sejahtera

YB USTAZ HAJI WAN HASSAN MOHD RAMLI
Ahli Parlimen Dungun – HARAKAHDAILY 9/10/2023

- Advertisement -
- Advertisement -