Pandemik penyakit X: Bersediakah kita?

- Advertisement -

Pandemik Covid-19 direkodkan sejak tahun 2022 yang menurut Pertubuhan Kesihatan Sedua (WHO), sehingga 28 Sept 2023 telah meragut hampir tujuh juta (6,959,316) nyawa selepas menjangkiti lebih 770 juta (770,875,433) daripada 8.1 bilion populasi manusia di seluruh dunia – kini pakar kesihatan global telah mengeluarkan amaran bahawa itu boleh menjadi petanda kepada pandemik baharu, dilkenali sebagai ‘penyakit X’ yang lebih dahsyat.

Ketua Pasukan Petugas Vaksin United Kingdom, Dame Kate Bingham dalam kenyataannya media baru-baru ini berkata, dunia sudah boleh menarik nafas lega kerana Covid-19 bukan lagi pandemik, namun beliau memberi amaran bahawa wabak penyakit X mampu membunuh sekurang-kurangnya 50 juta nyawa manusia di seluruh dunia.

- Advertisement -

Memandangkan Covid-19 telah menjadi isu kesihatan yang lebih biasa dan berulang-ulang, pakar perubatan UK kini bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan wabak baharu itu.

Mereka mengeluarkan amaran bahawa wabak Selesema Sepanyol yang dahsyat pada 1911 hingga 1920 mungkin setanding dengan kesan virus baharu ini. 

WHO sehubungan itu Pandemik Penyakit X ini dan untuk melawannya menegaskan, vaksin sekali lagi perlu dibangunkan dan dibekalkan tepat pada masanya. Walau bagaimanapun, pada masa ini tiada jaminan bahawa ia akan berlaku.

Kebimbangan terhadap ‘Penyakit Pandemik X’  yang diperkenalkan WHO kini telah dibangkitkan profesional perubatan seluruh dunia.

“Mereka memberi amaran  tentang kemungkinan bahawa pandemik seterusnya ini mungkin membunuh 20 kali lebih ramai orang daripada coronavirus,” lapor RajNeetPG.

Justeru, berikut ialah beberapa fakta awal atau persoalan yang perlu diketahui tentang penyakit X:

1. Apakah sebenarnya penyakit X?

Ia adalah nama yang dikeluarkan  oleh WHO untuk patogen berpotensi yang tidak ditentukan yang mungkin menyebabkan wabak masa depan.

2. Adakah penyakit X berkaitan dengan negara tertentu?

Tidak, ia tidak terikat dengan mana-mana negara tertentu.

3. Apakah langkah-langkah halang sebelum ia bermula?

*Melabur dalam pengawasan penyakit: Bangunkan sistem pengawasan global yang teguh untuk mengesan ancaman yang muncul lebih awal.

*Galakkan ‘Kesihatan Sehenti’: Mengiktiraf kesalinghubungan kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar untuk mengenal pasti dan mengurangkan risiko penyakit.

*Penggunaan antibiotik: Laksanakan pengawasan antimikrobial untuk memerangi patogen tahan dadah.

*Memperkukuh sistem penjagaan kesihatan: Bina kapasiti dalam sistem penjagaan kesihatan untuk tindak balas wabak dan keperluan penjagaan kesihatan rutin.

*Kerjasama global: Memupuk kerjasama antarabangsa dalam perkongsian maklumat, peruntukan sumber dan usaha penyelidikan.

*Pelan kesediaan: Membangunkan pelan persediaan wabak yang komprehensif, termasuk menimbun bekalan penting dan pasukan tindak balas pantas.

4. Apakah kemungkinan besar penyakit X jadi pandemik?

Ia belum dapat dipastikan sebenarnya. Walau bagaimanapun, enam ‘keluarga virus’  terdiri daripada Adenoviridae, Coronaviridae, Orthomyxoviridae, Paramyxoviridae, Picornaviridae, dan Poxviridae merupakan antara kira-kira dua dozen ‘keluarga virus’  yang boleh menjangkiti manusia memiliki ciri-ciri ke arah menularkan penyakit X;  dan dengan itu kemungkinan besar menjadi punca wabak seterusnya.

Ia boleh menjadi wabak  di seluruh dunia susulan fakta-fakta berikut:

*Tiada imuniti: Tiada imuniti yang wujud dalam kalangan penduduk global.

*Bawaan udara: Merebak melalui penghantaran pernafasan

*Penularan secara senyap: Boleh disebarkan oleh individu yang sakit tanpa gejala

*Memudaratkan: Belum ada ubat atau vaksin semasa yang berkesan untuk merawatnya.

5. Bagaimanakah langkah-langkah perubatan boleh diambil tanpa mengetahui penyakit yang mana (dalam kes ini penyakit X) akan melanda dunia? 

Dengan menumpukan usaha untuk membangunkan tindakan balas perubatan terhadap keluarga virus yang berkemungkinan besar akan memulakan wabak berbanding virus tertentu yang boleh atau mungkin tidak menimbulkan bahaya pada masa hadapan.

Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat harus menyediakan pembiayaan untuk Program Tindakan Balas Perubatan Penyakit X yang disasarkan baharu yang menggunakan platform dan teknologi vaksinasi yang paling sesuai untuk keluarga virus yang berkemungkinan besar akan mencetuskan wabak penyakit yang dahsyat pada masa hadapan.

Apabila ahli keluarga virus seterusnya berkembang, tindakan balas perubatan terhadap seorang ahli mungkin mudah diubah suai untuk menyasarkan yang lain.

Kerjasama dua hala pihak swasta-awam terhadap kemungkinan untuk mencipta vaksinasi, antivirus dan diagnostik untuk pelbagai kemungkinan virus pandemik yang tidak dikenal pasti dalam beberapa bulan dan bukannya bertahun-tahun menggunakan strategi yang boleh disesuaikan ini.

6. Bahaya penyakit X

Amaran saintis itu mencerminkan ramalan WHO tentang pandemik penyakit X yang ‘tidak dapat dielakkan. 

Sebenarnya WHO mencipta nama itu sejak 2018, sebelum wabak Covid-19 lag. Antara ‘senarai rangka tindakan penyakit keutamaan’ WHO untuk wabak maut seterusnya ialah Ebola, SARS dan Zika.

WHO mengisytiharkan bahawa penyakit X mewakili ‘pengetahuan bahawa wabak antarabangsa (global) yang serius boleh disebabkan oleh patogen yang kini tidak diketahui menyebabkan penyakit manusia’. 

Senarai blueprint termasuk gangguan berjangkit tanpa rawatan perubatan. Sesetengah profesional kesihatan awam bimbang penyakit X seterusnya adalah bersifat ‘zoonosis’ (penyakit berjangkit yang disebarkan antara spesies daripada haiwan kepada manusia; atau daripada manusia kepada haiwan), sama seperti Ebola, HIV/AIDS dan Covid-19.

7. Keperluan untuk kesediaan pandemik penyakit X

Fakta sebenar Covid-19  bukanlah senario terburuk pandemik penyakit yang pernah menular di seluruh dunia, jika merujuk kepada jumlah keseluruhan mangsa yang berjaya diselamatkan selepas dijangkiti berbanding wabak  Ebola, selesema burung, dan MERS. 

Kebanyakan mangsa jangkitan Covid-19 pulih – mencecah 90.3 peratus (%) berbanding 9.6% kematian; namun 67% pesakit Ebola meninggal dunia, diikuti selesema burung ( 60%) dan MERS (34%).

Namun, apa yang pasti menurut pakar-pakar perubatan global mengeluarkan kenyataan baawa wabak penyakit X tidak akan dapat dikawal.

Sehubungan itu, mereka mencadangkan untuk melabur dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin, mengukuhkan sistem kesihatan dan pengawasan, dan meningkatkan kerjasama dan penyelarasan global untuk bersedia menghadapi wabak. 

“Wabak penyakit X akan muncul dan dunia mesti bersedia,” ujar kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 29/9/2023

- Advertisement -