Selaraskan kebolehpasaran graduan

Senator Abdul Nasir Idris
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengadakan penyelarasan kebolehpasaran graduan untuk membolehkan graduan mendapat pekerjaan mengikut bidang berdasarkan kelayakan.

Senator Abdul Nasir Idris berkata, pekerjaan graduan kadang-kadang tidak selaras dengan latar belakang mereka dari segi pendidikan, bidang pengajian dan kemahiran.

- Advertisement -

“Adakah usaha kementerian untuk mengadakan penyelarasan, terutama antara institusi pengajian tinggi dan institusi latihan supaya tawaran pekerjaan seiring dengan kemahiran pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, kementeriannya mengadakan program melalui TalentCorp dengan fokus terhadap pembangunan kebolehpasaran dan kebolehkerjaan, terutama kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Pelajar perlu masuk ke dalam aplikasi (TalentCorp) dan dalam aplikasi tersebut, ada syarikat yang menawarkan inisiatif kepada mereka.

“Kementerian berharap dengan aplikasi ini, graduan dapat memadankan antara bidang yang mereka ceburi dan apa yang diperlukan oleh pihak industri,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/6/2023

- Advertisement -