PM perlu hadiri setiap sesi sidang Dewan Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Razali Idris mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghadiri setiap sesi persidangan Dewan Negara.

Bagaimanapun, berbeza dengan sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat yang Perdana Menteri hanya hadir pada setiap Selasa, beliau mencadangkan sesi selama setengah jam setiap hari persidangan Dewan Negara.

- Advertisement -

Sebelum itu mencelah ucapan Senator Abun Sui Anyit dari PKR ketika sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), Razali yang juga Ketua Penerangan Bersatu berkata: “saya ingin mencelah sikit. LKAN dibawa oleh Yang amat berhormat Datuk Seri Perdana Menteri dan kita sangat bersetuju.

“Cuma, setuju atau tidak kalau di Dewan Rakyat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri setiap minggu, dia datang untuk menjawab soalan pada hari Selasa.

“Setuju atau tidak, kita cadangkan supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri datang ke Dewan Negara setiap sesi… bukan setiap minggu. Satu sesi setengah jam untuk Dewan Negara supaya kita dapat berbincang dan bertukar pendapat. Terima kasih Yang Berhormat.”

Abun Sui bersetuju dengan cadangan Razali dan memohon semoga Perdana Menteri mungkin melihat Ahli Dewan Negara atau selepas ini, menonton apa yang mereka bahaskan.

“Saya juga merayu supaya Perdana Menteri datang untuk menjawab satu dua soalan kita di Dewan Negara ini. Saya sangat bersetuju,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/6/2023

- Advertisement -