Status penubuhan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri diminta menyatakan status penubuhan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis bagi mempertingkatkan integriti dalam kalangan anggota polis dan menambahkan lagi keyakinan orang awam terhadap pasukan keselamatan.

- Advertisement -

Soalan itu dikemukakan oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan [PN-Kota Bharu ] pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli-ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL yang mengemukakan soalan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini sebagaimana di bawah.       

Tuan Nurul Amin bin Hamid [ Padang Terap ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah-langkah yang telah dan sedang direncana Kerajaan bagi menampan impak fenomena El Nino terhadap bekalan makanan negara, terutamanya penanaman padi.

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan komitmen Kerajaan dalam memastikan negara tidak mengalami impak buruk rentetan fenomena iklim global yang tidak menentu.

Tuan Rushdan bin Rusmi [ Padang Besar ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah-langkah kawalan yang telah, sedang dan akan diambil bagi memastikan ekonomi gig mampu memberikan kemampanan ekonomi dalam kehidupan sekarang.

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta Menteri Komunikasi Dan Digital menyatakan keberkesanan pengendalian Pusat Jalur Lebar Komuniti dan sejauh manakah kebajikan kepada pengendali diberi perhatian.

Kapten Azahari bin Hasan [ Padang Rengas ] minta Menteri Kesihatan menyatakan langkah Kementerian untuk menangani situasi Pharmaniaga yang diletakkan bawah kategori PN17 atau bermasalah kewangan, serta usaha mentransformasi sektor perolehan farmaseutikal termasuk mengurangkan kebergantungan pihak pengantara atau orang tengah dalam proses perolehan.

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [ Bagan Serai ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan secara terperinci bagi setiap tahun 2018 sehingga 2022 berkenaan Program Agroprenuer Muda, berapa bilangan belia yang menerima manfaat dan nilai kelulusan yang dikeluarkan.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan perancangan khusus Kementerian terhadap penstrukturan tenaga kerja secara menyeluruh terutama dalam menangani isu pengangguran tidak ketara atau underemployment.

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [ Bukit Gantang ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah Kerajaan dalam memastikan urusan keluar masuk negara dan sekatan di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA lebih efisien dengan penyelesaian sesuatu sekatan kurang daripada 30 minit yang melibatkan Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia.

Che Alias Hamid

Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan:-

(a) senarai negeri yang mempunyai unsur nadir bumi (REE) berserta nilainya; dan

(b) langkah-langkah yang diambil Kerajaan bagi mengawal dan mengurangkan impak alam sekitar daripada aktiviti penerokaan unsur nadir bumi (REE) di Malaysia.

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah [ Rompin ] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah Kementerian merancang untuk mewujudkan semula Klinik Kesihatan Muadzam Shah bagi mengatasi masalah kesesakan di Hospital Muadzam Shah.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [ Kuala Kedah ] minta Menteri Pendidikan menyatakan perancangan Kerajaan untuk mewujudkan Sekolah Pendidikan Khas yang berfokus mengikut kategori Murid Berkeperluan Khas.

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [ Parit ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan sama ada Kementerian bercadang meluluskan permohonan bagi menaiktarafkan kawasan Luar Jelapang Padi di Parlimen Parit agar dapat diwartakan segera sebagai kawasan Jelapang Padi.

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Besut ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah status siasatan terhadap bekas peguam Negara Tommy Thomas selepas Pasukan Petugas Khas yang ditubuh oleh kabinet untuk menjalankan kajian awalan berhubung pendedahan yang terkandung dalam bukunya, ‘’My Story: Justice in the Wilderness’’ yang mana Kerajaan pada ketika itu menyahklasifikasikan laporan Pasukan Petugas Khas yang antara lain mengesyorkan supaya Tommy Thomas disiasat kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan sejauh mana perancangan Kementerian dalam mewujudkan konsep wakaf alam sekitar secara progresif bagi menjamin kemampanan alam sekitar.

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta Menteri Ekonomi menyatakan pecahan peruntukan sebanyak RM750 juta bagi pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Tuan Haji Kamal bin Ashaari [ Kuala Krau ] minta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) status dan garis masa bagi pengambilan guru baharu tahun 2023; dan

(b) perincian pengambilan guru mengikut  opsyen mata pelajaran bagi tahun 2016 hingga tahun 2023.

Tuan Zahari bin Kechik [ Jeli ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan adakah Kementerian mempunyai racangan untuk memperkenalkan ‘Tiang Utiliti’ yang menggabungkan jaringan kabel elektrik, telefon dan lampu jalan di satu tiang yang sama di seluruh negara.

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [ Kuala Kangsar ] minta Menteri Ekonomi menyatakan mekanisme pelaksanaan program di atas 800 ekar tanah milik Kerajaan Persekutuan untuk tujuan pertanian bagi membantu golongan B40 dan miskin tegar sebagai langkah dalam mengurangkan masalah bekalan makanan negara.

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian bagi melaksanakan program penanaman padi lima kali dua tahun bagi menambahkan lagi SSR beras negara ke tahap 100%.

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan status penubuhan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis bagi mempertingkatkan integriti dalam kalangan anggota polis dan menambahkan lagi keyakinan orang awam terhadap pasukan keselamatan.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [ Hulu Selangor ] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah perancangan dan usaha Kementerian bagi mengenal pasti murid yang lemah dalam penguasaan 3M tetapi masih terus belajar akademik dan menimbulkan masalah apabila murid-murid ini tidak mampu mengikuti akademik sedia ada.

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah pihak Kerajaan ada atau akan membuat pertimbangan terhadap cadangan memberikan kebenaran kepada pekerja asing di Malaysia untuk terlibat sebagai pekerja sambilan sektor perkhidmatan.

Dr. Siti Mastura binti Muhammad [ Kepala Batas ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan:-

(a) berkenaan Penang South Island, perincikan negeri-negeri yang terlibat sebagai pembekal sumber asli pasir laut, batu- batan, air mentah dan lain-lain sumber untuk membina 3 buah pulau buatan ini; dan

(b)  berdasarkan 71 syarat EIA yang telah diluluskan, perincikan syarat yang rumit untuk memenuhi garis panduan.

Dr. Siti Mastura binti Muhammad [ Kepala Batas ] minta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) status projek pembangunan Sekolah Menengah Bandar Putra Bertam, Kepala Batas yang kini terbengkalai dan jangkaan siap sepenuhnya; dan

(b) perancangan jumlah sekolah baru dan lokasi yang akan dibina di Kepala Batas dan Pulau Pinang.

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta Menteri Komunikasi Dan Digital menyatakan bilakah isu capaian internet di Kuala Krai dapat diatasi dan diselesaikan sepenuhnya.

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan tindakan- tindakan adaptasi perubahan iklim yang sedang dilaksanakan dan dirancang oleh Kementerian.

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Besut ] minta Menteri Kerja Raya menyatakan perincian garis masa dan kaedah pengoperasian lebuh-lebuh raya yang terlibat dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka di plaza tol lebuh raya menjelang hujung tahun ini dan adakah terdapat sebarang caj tambahan yang dikenakan terhadap pengguna.

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [ Temerloh ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan pelan perancangan dan langkah Kementerian dalam memastikan pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dapat menyediakan bekalan air ke semua kawasan dalam Parlimen Temerloh tanpa gangguan.

Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta Menteri Pendidikan menyatakan tindakan dan pendirian Kementerian untuk:-

(a) mengkaji semula kesesuaian silibus yang dilihat beraras tinggi dan tidak sesuai dengan pelajar; dan

(b) mengembalikan sekolah khas untuk kuasai kemahiran 3M.

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [ Beluran ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan apakah langkah- langkah Kementerian berdepan dengan fenomena El Nino yang dijangka berlarutan hingga bulan September. Sejauh mana jangkaan implikasi fenomena ini terhadap kesihatan awam dan sekuriti makanan di negara ini.

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [ Kuala Langat ] minta Menteri Kesihatan menyatakan:-

(a) perancangan Kementerian untuk meningkatkan perkhidmatan warga tua yang populasinya semakin meningkat; dan

(b) apa perkembangan terkini kelab warga emas yang pernah diwujudkan sebelum ini.

Dato’ Dr. Alias bin Razak [ Kuala Nerus ] minta Menteri Kesihatan menyatakan pelan komprehensif Kementerian untuk memartabat sektor penjagaan profesional warga emas ke arah mencapai Nisbah Sokongan Penjaga menjelang negara menua pada tahun 2030.

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [ Bukit Gantang ] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah perancangan dan langkah- langkah penambahbaikan gegelung Sungai Malai, Kamunting, Mukim Taiping yang kecil dan tidak dapat menampung saliran air sungai sehingga boleh menyebabkan banjir ke kawasan penempatan dalam Parlimen Bukit Gantang.

Datuk Haji Awang bin Hashim [ Pendang ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan pecahan jumlah caruman dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) mengikut kategori caruman serta jenis pekerjaan dan apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi mempromosikan program terbabit hingga ke akar umbi.

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [ Parit ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:

(a) sejauh manakah sistem jaminan keselamatan sosial yang sedia ada telah berjaya melindungi kebajikan para pekerja dalam negara; dan

(b)  apakah bentuk-bentuk penambahbaikan yang sedang direncanakan oleh Kementerian bagi memastikan hak pekerja lebih terjaga ketika ini.

Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan tindakan Kementerian terhadap majikan yang tidak melaksanakan perintah gaji minimum RM1,500 sebagaimana yang diumumkan oleh Kerajaan.

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta Menteri Kesihatan menyatakan penyelesaian permasalahan bagi pesakit-pesakit luar & kecemasan yang melibatkan masa menunggu yang terlalu lama dan temu janji-temu janji rawatan di Hospital Dungun dan klinik-klinik kesihatan di daerah Dungun.

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [ Parit Buntar ] minta Menteri Pendidikan menyatakan usaha-usaha bersepadu pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi beban tugas guru di sekolah.

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah prestasi bagi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dari segi penciptaan ekonomi baharu dan peningkatan pendapatan masyarakat tempatan terutamanya dalam bidang perkhidmatan digital dan industri berasaskan teknologi tinggi.

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [ Tangga Batu ] minta Menteri Kesihatan menyatakan berkenaan status Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak dari kolej swasta berjumlah seramai 1,900 orang yang mana mereka ini telah diambil bekerja secara kontrak sewaktu COVID-19 melanda negara dulu, sebahagian mereka kontraknya telah tamat dan tidak disambung sementara sebahagian lagi menunggu giliran untuk tamat tempoh kontraknya.

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [ Bagan Serai ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah langkah dan inisiatif Kementerian bagi menggalakkan penyertaan golongan belia dalam sektor pertanian dan agrikultur yang dikatakan kurang mendapat sambutan dalam kalangan anak muda di negara ini.

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah [ Rompin ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan apakah tindakan yang sedang atau telah diambil oleh Kementerian dalam menyelesaikan isu air di negeri Pahang terutamanya di Rompin. Kelemahan infrastruktur menjadi asas kepada masalah bekalan air bersih sentiasa berlaku lebih-lebih lagi pada waktu puncak seperti perayaan.

Kapten Azahari bin Hasan [ Padang Rengas ] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apa usaha dan langkah pihak Kementerian untuk memastikan keadaan Jalan Persekutuan di Parlimen Padang Rengas sentiasa di dalam keadaan yang baik memandangkan terdapat banyak kerosakan jalan.

Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan sejauh mana kajian pihak Kementerian untuk memperluas tanaman padi darat di Malaysia bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi.

Waktu Pertanyaan Menteri

Dato’ Azman bin Nasrudin [ Padang Serai ] minta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan bantuan segera yang dilaksanakan oleh Kementerian dalam membantu penoreh serta pekebun kecil getah dalam menangani musim panas dan penyakit daun yang mengakibatkan hasil susu getah berkurangan serta apakah hasil lawatan kerja Menteri ke Eropah dan sidang yang dihadiri oleh Menteri dalam menangani isu diskriminasi minyak sawit Malaysia dan rantau ASEAN. – HARAKAHDAILY 15/6/2023

- Advertisement -