Allahyarham Mohd Isa banyak berjasa kepada masyarakat

- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor mewakili kerajaan negeri mengucap takziah kepada keluarga Adun Belantik, Dato’ Ustaz Mohd Isa Shafie di atas kematiannya kira-kira jam 11.23 malam tadi.

- Advertisement -

“Semoga Allah rohnya dirahmati Allah, diampuni segala dosa, dimuliakan serta dilapangkan kuburnya.

“Mudah-mudahan syurgalah sebagai ganti tempat tinggalnya dan semoga ahli keluarga bersabar dengan ujian ini,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ahmad Yahaya mewakili seluruh pemimpin dan ahli PAS negeri itu turut mengucapkan takziah atas kehilangan insan yang banyak berjasa kepada parti dan masyarakat.

“Semoga Allah menerima segala amal jihad Almarhum dan dikumpulkan bersama para solihin,” katanya.

Allahyarham Mohd Isa, 69, menghembus nafas terakhir kira-kira jam 11.23 malam tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Sebelum ini beliau dimasukkan ke hospital Sik seterusnya dibawa ke HSAH kerana mengalami jangkitan kuman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang.

Jenazahnya akan dikebumikan pada jam 11.00 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jering, Chepir

Almarhum menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 2,574 undi. – HARAKAHDAILY 15/6/2023

- Advertisement -