Tahniah Perlis rintis langkah ke arah sifar judi

- Advertisement -

DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perlis yang akan merintis langkah ke arah dasar sifar judi. Perlis menjadi negeri keempat selepas Kedah melaksanakan dasar ini berkuatkuasa 1 Januari 2023 yang lalu. 

Langkah menghapuskan premis perjudian ini dilakukan bukan sahaja atas faktor menuruti ajaran agama, bahkan juga bagi memastikan keharmonian dan menjaga kestabilan sosial bermasyarakat di negeri tersebut.

DUPP yakin langkah ini merupakan tindakan yang tepat memandangkan kebobrokan masalah sosial yang melanda masyarakat di negara ini. Malah, DUPP turut menyeru Kerajaan-kerajaan Negeri lain agar berjiwa besar mengambil langkah yang sama. 

Tambahan lagi, kita perlu berpegang kepada keyakinan bahawa satu pintu kerosakan ditutup akan membuka pelbagai pintu rezeki dan keberkatan yang lain. Semoga Allah S.W.T mengurniakan keberkatan dan dikurniakan pembangunan yang berpanjangan insya-Allah.

YB USTAZ DATO’ AHMAD YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 15/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -