Pusat Ekonomi Digital di 186 DUN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang diumumkan ketika Belanjawan 2023 menarik perhatian Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) yang mahu kerajaan menyatakan status penubuhan PEDi.

- Advertisement -

Menurutnya, Belanjawan 2023 menyatakan bahawa setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mempunyai sebuah PEDi.

“Sejauh manakah pelaksanaan PEDi agi menyediakan pencapaian internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar, selain menawarkan kursus latihan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)?

“Seterusnya, sejauh manakah kebajikan kepada pengendali diberi perhatian,” katanya ketika sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, kementeriannya telah mengenal pasti sebanyak 186 lokasi baharu untuk menubuhkan PEDi.

“Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga sentiasa mengkaji kelangsungan PEDi supaya mampu memberi perkhidmatan yang lebih luas dan menambah baik manfaat kepada kakitangan,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/6/2023

- Advertisement -