Jurang ketidaksamaan jantina tidak bertambah baik

- Advertisement -

NEW YORK: Ketidaksamaan jantina kekal tidak berubah selama sedekad yang lalu, impak budaya berat sebelah dan tekanan yang berterusan menghalang pemerkasaan wanita dan hasrat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyamaratakan hak lelaki dan wanita menjelang  tahun 2030.

- Advertisement -

Hasil penyelidikan PBB dikeluarkan pada hari ini, Isnin (12 Jun) berkata, walaupun terdapat lonjakan dalam kumpulan hak asasi wanita dan gerakan sosial seperti Time’s Up dan MeToo di Amerika Syarikat, namun norma sosial yang berat sebelah dan krisis pembangunan manusia yang lebih luas yang dipertingkatkan oleh pandemik Covid-19, menyebabkan ramai wanita kehilangan pendapatan, dan telah menghalang kemajuan dalam ketidaksamaan jantina.

Dalam laporan terbaharunya, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) menjejaki isu itu melalui Indeks Norma Sosial Gendernya, yang menggunakan data daripada program penyelidikan antarabangsa Kajian Nilai Dunia (WVS).

Tinjauan itu diambil daripada set data yang merangkumi 2010 hingga 2014 dan 2017 hingga 2022 daripada negara dan wilayah yang meliputi 85% daripada populasi global, lapor Reuters.

Analisis terkini menunjukkan hampir sembilan daripada 10 lelaki dan wanita mempunyai asas (isu) berat sebelah terhadap wanita.

“Tahap peningkatan dari masa ke masa ke arah usaha menyamaratakan hak jantina agak  ‘mengecewakan’,” kata penasihat penyelidikan dan perkongsian strategik di UNDP dan pengarang bersama laporan itu, Heriberto Tapia.

Tinjauan itu juga menyatakan bahawa hampir separuh daripada penduduk dunia berpendapat bahawa lelaki adalah pemimpin politik yang lebih baik, manakala 43% berpendapat lelaki adalah eksekutif perniagaan yang lebih baik berbanding wanita.

“Kita perlu mengubah berat sebelah gender, norma sosial, tetapi matlamat utama adalah untuk mengubah hubungan kuasa antara wanita dan lelaki, antara manusia,” tegas Aroa Santiago, pakar gender dalam ekonomi inklusif di UNDP  kepada Reuters.

Walaupun pendidikan sentiasa dipuji sebagai kunci untuk meningkatkan hasil ekonomi untuk wanita, tinjauan itu mendedahkan hubungan terputus antara jurang pendidikan dan pendapatan, dengan purata jurang pendapatan pada 39% walaupun di 57 negara, di mana wanita dewasa lebih berpendidikan berbanding lelaki.

“Lebih banyak bahaya langsung kepada kesejahteraan wanita boleh dilihat dalam pandangan mengenai keganasan, dengan lebih daripada satu daripada setiap empat orang percaya adalah wajar bagi seorang lelaki untuk memukul isterinya,” kata UNDP. – HARAKAHDAILY 12/6/2023

- Advertisement -