Gelombang rakyat pertahan Kelantan makin kuat

Dato' Mohd Amar Abdullah
- Advertisement -

KOTA BHARU: Sentimen gelombang rakyat bagi mempertahankan kerajaan negeri di Kelantan dilihat semakin kuat dengan kemasukan bekas pemimpin utama Umno.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, penyertaan Tan Sri Annuar Musa dan pengikutnya diyakini boleh memberi kesan positif terutama melibatkan sokongan penyokong Umno pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Katanya, kesan diharap akan berterusan terutama dalam kalangan ahli dan penyokong Umno dalam usaha mempertahankan Kelantan.

“Kita belum tahu jumlah penambahan dan besar kemungkinan ada ramai lagi ahli Umno akan mengisi borang untuk menyertai PAS dan Bersatu,” katanya selepas perasmian Majlis Graduasi Tahfiz kali ke-13 tahun 2022, Yayasan Islam Kelantan (YIK) di sini, hari ini.

Malam tadi Annuar tampil kali pertama pada siri Jelajah Ppakat Pertahan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV. Ribuan penduduk tempatan hadir.

Malam semalam pula bekas Setiausaha Agung itu tampil pada ceramah di Senawang Negeri Sembilan dengan kehadiran lebih 10,000 orang.

Ditanya dengan perkembangan itu membolehkan PAS menang mudah, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, PAS tidak mengambil mudah saingan lawan ketika pilihan raya. – HARAKAHDAILY 12/6/2023

- Advertisement -