Projek Smart SBB Kerajaan PN jadi mangsa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus berdolak dalik dalam pelaksanaan program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) di Kelantan.

- Advertisement -

Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) berkata, projek perintis itu yang dilaksanakan sejak setahun lalu, menerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bermatlamat meningkatkan pengeluaran padi negara.

Ketika perancangan program itu dirangka, katanya banyak kawasan di negara ini akan mendapat manfaat bermula tahun ini, namun hasrat tersebut tidak dilaksanakan oleh kerajaan baharu.

“Smart SBB adalah perancangan kita, yang ada pelan dan ada jadual, ada tempat-tempat pada tahun ini kita akan laksanakan, antaranya di Pasir Puteh, Kelantan dan tempat lain.

“Saya perhatikan baru-baru ini, tidak ada satu tempat yang dimasukkan walaupun petani menerima Smart SBB,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dato’ Seri Mohamad Sabu, mendakwa Smart SBB tidak dapat diteruskan kerana tidak mendapat lampu hijau pemilik tanah.

Beliau berkata, program penanaman padi skala besar seperti di Sekinchan, Selangor, bermula di Perlis dan kemudian diperluaskan ke Pahang dan kemudian ke seluruh negara.

“Semua tempat ini yang kita kena lihat, kita nak buat berskala besar mesti dengan persetujuan tuan tanah dahulu, tuan tanah nak lihat hasilnya dahulu.

“Kalau semua sudah setuju, kita akan buat di situ. Begitu juga di Bachok dan beberapa tempat lain, kita akan percepatkan tanpa mengira fahaman parti politik,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/6/2023

- Advertisement -