Tuduhan AMLA petunjuk Anwar busuk hati

- Advertisement -

TANJONG KARANG: Madani membawa pengertian kepada kekeluargaan, keharmonian, bersatu-padu dan kecemerlangan, namun kerajaan kini melakukan perkara-perkara bertentangan dengan konsep dan pengertian tersebut.

Pengerusi BERSATU Negeri Selangor, Dato’ Abdul Rashid Asari berkata, Kerajaan Madani pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahkan dilihat sibuk mencari salah lawan politiknya secara fitnah dan tuduhan.

Antaranya menurut beliau, dengan mengheret para pimpinan PERIKATAN NASIONAL (PN) dengan dakwaan tidak benar ke mahkamah sebagaimana terhadap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Pagoh itu kata Abdul Rashid, difitnah menyalahgunakan kuasa dan melakukan penggubahan wang haram di mana ia tuduhan yang amat menghairankan untuk dikaitkan penglibatan sedemikian.

Kerana jelas beliau yang merupakan bekas pegawai polis, dakwaan dibawah kesalahan itu adalah berkaitan aktiviti-aktiviti haram seperti gangsterisme dan keganasan di mana menunjukkan ianya tuduhan yang direka cipta.

“Semata-mata untuk menjatuhkan imej dan integriti PN. AMLA (jenayah penggubahan wang haram) ni you kena buktikan bahawa wang itu datangnya pada aktiviti haram. Penjualan dadah umpamanya, gengsterisme, keganasan.

“Adakah Yayasan al-Bukhari ini terlibat dengan kes-kes seperti ini? Tak ada. (Ia) Sebuah yayasan yang begitu aktif membantu orang-orang Islam membuat sekolah, membuat masjid dan sebagainya. Itulah dia busuknya hati PMX ni.

- Advertisement -

“Tiap-tiap hari (Anwar) melalak sana, melalak sini, hapuskan rasuah, hapuskan rasuah. Tetapi di sebelah dia seorang perasuah. Timbalan (Perdana Menteri) perasuah yang telah dituduh di mahkamah dan telah didapati ada kes prima facie.

“Apa dia prima facie? Prima facie ini maknanya kes itu dah 99.9 percent salah. Cuma tunggu masa saja untuk dihumban ke dalam penjara. Itulah dia maksud prima facie,” bidas beliau. – HARAKAHDAILY 5/6/2023

- Advertisement -