Pusat tidak sedia insentif negeri pertahan tanah sawah

Senator Abdul Nasir Idris
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tidak menyediakan sebarang insentif khusus kepada kerajaan negeri untuk mempertahankan keluasan sawah padi.

- Advertisement -

Bagaimanapun Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, kementerian sentiasa terbuka untuk membincangkan perkara itu.

Sebelum itu Senator Abdul Nasir Idris memohon penjelasan daripada kerajaan mengenai insentif untuk kos melepas bagi negeri yang mempertahankan tanah sawah.

Katanya, mempertahankan tanah sawah harus dikekalkan bagi menjamin makanan rakyat tetap kekal.

“Pertamanya, demi keterjaminan makanan, tanah sawah di kawasan strategik terutamanya kawasan yang baik untuk kita tukar ke tanah industri, tetapi kita masih kekalkan sebagai tanah sawah demi keterjaminan makanan.

“Jadi apakah insentif mungkin kerajaan pusat boleh fikir untuk bayaran kos melepas bagi negeri-negeri yang mempertahankan tanah sawah, mohon penjelasan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengemukakan soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara, hari ini. – HARAKAHDAILY 5/4/2023

- Advertisement -