Smart SBB tidak dipedulikan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Projek Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) kini seolah-olah tidak dipedulikan oleh kerajaan, kata Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh).

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II berkata, projek Smart SBB memberikan manfaat kepada petani yang menikmati hasil lebih daripada sekali ganda.

- Advertisement -

Dari segi sudut pembiayaan, katanya projek itu dibiayai oleh syarikat besar di Malaysia dan tidak memerlukan bantuan kerajaan.

“Namun sekarang, kita tengok Smart SBB seolah-olah tidak dipedulikan. Jadi saya harap kerajaan yang ada terimalah secara profesional agenda-agenda yang baik untuk rakyat di mana-mana sahaja kerana kerajaan ini bersilih ganti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Dr Muhammad Zawawi, selepas ini kerajaan lain pula akan naik dan Insya-Allah apabila kerajaan baharu naik, mereka akan melaksanakan semua agenda yang baik. – HARAKAHDAILY 15/3/2023.

- Advertisement -