Kurikulum Bersepadu Dini di SABK bermula 2015

Tuan Guru Zulkifli Ismail
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) bermula 2015 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

- Advertisement -

“Sehingga kini sebanyak 186 buah SABK melaksanakan KBD,” ujar KPM dalam jawapan beRtulis kepada soalan Tuan Guru Zulkifli Ismail [PN-Jasin] di Dewan Rakyat.

Tuan Guru Zulkifli dalam soalannya meminta Menteri Pendidikan menyatakan apakah perancangan terkini Kementerian terhadap Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) kepada sekolah harian kebangsaan.

“KPM belum mempunyai perancangan untuk meluaskan pelaksanaan KBD di sekolah menengah kebangsaan harian memandangkan KBD hanya dilaksanakan di SABK sahaja,” ujar KPM. – HARAKAHDAILY 15/3/2023

- Advertisement -