Kluster Mata Pelajaran ambil guru baharu secara ‘one off’

Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan kaedah Kluster Mata Pelajaran bagi pengambilan guru baharu secara one off agar dapat membuka peluang kepada graduan yang memiliki bidang pengkhususan utama tertentu untuk mengisi kekosongan mata pelajaran lain yang dikategorikan dalam kluster yang sama.

- Advertisement -

KPM berkata, penggunaan Kluster Mata Pelajaran akan diteruskan dalam urusan pengambilan dan penempatan guru baharu yang seterusnya.

“Kluster yang digunakan ini akan sentiasa dinilai dan ditambah baik dari semasa ke semasa,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi [PN-Kuala Kedah] di Dewan Rakyat.

Dalam soalannya, Dr Ahmad Fakhruddin meminta Menteri Pendidikan menyatakan mekanisme penempatan guru di sekolah-sekolah mengikut bidang kepakaran dan kemahiran terutamanya guru yang berpindah.

Jelas kementerian, KPM melaksanakan penempatan guru baharu dan penempatan pertukaran guru berdasarkan kepada tiga kriteria iaitu keperluan opsyen atau kluster mata pelajaran, kekosongan jawatan dan kepentingan perkhidmatan.

“KPM juga melaksanakan penempatan guru dengan memberi perhatian kepada sekolah-sekolah yang mengalami kekurangan guru supaya dapat mengimbangi kekosongan guru di setiap sekolah.

“KPM sentiasa memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah yang berada di luar bandar dan pedalaman semasa melaksanakan penempatan guru baharu dan penempatan pertukaran guru,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/3/2023

- Advertisement -