NPRA, KKM nafi vaksin Covid-19 mengandungi cip ID

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan vaksin Covid-19 mengandungi cip ID seperti yang didakwa pemilik akaun Facebook ‘Cik Notes’ yang tular di media sosial.

- Advertisement -

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Digital, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia pada hari ini, 3 Feb  2023, NPRA, KKM menjelaskan bahawa berdasarkan penilaian NPRA, produk vaksin  Covid-19 yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM adalah selamat, berkualiti dan berkesan serta tidak mengandungi mikrocip. 

Tambah kenyataan itu, senarai kandungan bahan dalam produk vaksin boleh dirujuk pada sisi pembungkusan produk melalui laman sesawang NPRA di pautan www.npra.gov.my merujuk main page > consumer > product search > product name.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat yang tidak benar dengan tujuan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sebaliknya merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih,” ujar kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 3/2/2023

- Advertisement -