Kronisme, nepotisme dan isu integriti

- Advertisement -

JIKA boleh ditanya apakah indikator kelayakan yang dijustifikasikan Perdana Menteri ke-10 dalam menamakan anak perempuan beliau selaku Penasihat Kanan Kewangan Dan Ekonomi?

Apakah pada jawatan Nurul Izzah selaku Naib Presiden PKR yang kalah PRU?

Ataukah kerana kelayakan akademik dan pengalaman beliau dalam bidang kewangan dan ekonomi yang lebih baik daripada Rafizi?

Atau hanya sebab beliau anak perempuan Perdana Menteri ke-10 yang satu-satunya secara langsung terjun ke bidang politik?

Apapun sebab yang cuba dijustifikasikan, Perdana Menteri ke-10 buat kesekian kalinya melakukan apa yang pernah beliau sendiri mengenai sebelum ini dalam siri reformasi bermula 1998 iaitu kronisme dan nepotisme.

Tidak timbul soal gaji diambil atau tidak, posisi penting Penasihat Kanan Kewangan dan Ekonomi itu perlu dilihat secara profesional atau fungsinya yang boleh mempengaruhi Perdana Menteri, malah Menteri Ekonomi. 

Jawatan yang kalau dibuka, dimahukan ramai orang sekalipun sanggup membayarnya. Hanya kerana fungsinya yang besar dan berpengaruh mengurus kekayaan negara. Ia membuka ruang kepada pelanggaran integriti.

Nampaknya ada yang mulai memahami dasar akaronim berterabur MADANI iaitu MAlaysia Darul Anak biNi.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 30/1/2023

- Advertisement -
- Advertisement -