Kos insurans umrah turun mendadak mulai 10 Jan

- Advertisement -

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kos insurans komprehensif untuk menunaikan umrah bagi warga luar negara itu dikurangkan sebanyak 63 peratus daripada SR235 (RM271) kepada SR87 (RM100) bermula 10 Januari 2023.

- Advertisement -

Polisi insurans berkenaan adalah polisi bersatu yang dilindungi oleh mereka yang datang ke Saudi untuk menuanaikan umrah, yang termasuk dalam prosedur visa sebelum datang dan meliputi kes kecemasan seperti rawatan, kemasukan, kemasukan ke hospital, kehamilan, kelahiran kecemasan, kes pergigian kecemasan, kecederaan kemalangan jalan raya, kes dialisis, dan pemindahan perubatan dalaman dan luaran, lapor Saudi Gazette.

“Ia juga meliputi kes-kes umum seperti hilang upaya kekal secara tidak sengaja, kes kematian dan kematian akibat bencana alam, memulangkan mayat si mati ke negaranya, dan wang darah yang dikeluarkan oleh keputusan mahkamah.

“Insurans tersebut turut merangkumi termasuk perlindungan untuk pampasan kelewatan penerbangan dan pampasan pembatalan penerbangan,” ujar kenyataan kementerian terbabit.

Kementerian berkenaan juga berkata bahawa tempoh perlindungan insurans adalah 90 hari, bermula dari hari memasuki Saudi, dan skop perlindungannya hanya tertakluk dalam negara itu.

“Pelaku umrah boleh melayari laman web Program Insurans Komprehensif untuk Tetamu Rahman untuk melihat polisi insurans Umrah, mengesahkan kesahihannya dan mengetahui penyedia perkhidmatan,” kata kementerian itu. – HARAKAHDAILY 17/1/2023

- Advertisement -