UEC bukan soal perkauman anti-Cina, tapi isu patriotisme

- Advertisement -

KITA bantah UEC bukan nak nafi hak kaum Cina. Tapi sebab ia boleh menjejaskan kerukunan masyarakat majmuk. Isunya:

- Advertisement -

1. UEC adalah sijil yang diimport dari Taiwan. Ia tiada dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK). 

Kenapa nak ambil doktrin luar sehingga mengenepikan dasar negara? Bukan itu tidak patriotik? Kalau ada yang tak kena pada DPK, tambah baik sajalah.

2. UEC adalah swasta. Ia dikendalikan oleh Dong Zong, persatuan yang menaungi Sekolah Cina. Mereka berkuasa penuh mengeluarkan sijil. Majlis Peperiksaan Malaysia yang menaungi SPM, STPM dan STAM tidak terlibat dalam menilai UEC.

Siapa boleh jamin integriti Dong Zong dalam melakukan pemarkahan UEC? Apa keistimewaan swasta seperti Dong Zong sehingga mahu diiktiraf sebaris dengan agensi kerajaan?

3.Dong Zong mahu UEC diiktiraf seperti SPM. Tanpa SPM, pemegang sijil UEC pun boleh mohon IPTA, boleh mohon kerja kerajaan. Akhirnya, sekolah-sekolah Cina tak perlu wajibkan SPM.

Kenapa orang Cina perlu dibezakan dengan Melayu, India dan lain-lain yang wajib ambil SPM? Bukankah ini rasisme?

4. Silibus UEC berbeza dengan SPM. Mata pelajaran wajib kredit SPM adalah Bahasa Malaysia dan Sejarah. Tapi sukatan Bahasa Malaysia UEC sangat rendah. Dengan sekolah vernakular sekarang pun, ramai orang Cina tak fasih berbahasa kebangsaan. Fakta sejarah mereka pun banyak tidak tepat dan kontroversi.

Bagaimana nak bentuk masyarakat yang saling memahami, jika kefahaman yang dibentuk berbeza-beza antara kaum?

Kesan jangka masa panjang, UEC hanya akan menjarakkan lagi hubungan antara kaum. Sepatutnya, kerajaan lebih memikirkan bagaimana mahu menyeragamkan semua sistem pendidikan negara di bawah satu dasar yang sama. 

Kerelevanan sistem vernakular yang sepatutnya dikaji. Biar semua rakyat Malaysia mampu berbahasa Malaysia. Bila bahasa komunikasi semua sama, barulah rakyat boleh bersatu padu. Barulah agenda ‘Bangsa Malaysia‘ boleh dibentuk.

Saya fikir tentu bukan semua orang Cina sokong perjuangan DAP ini. Semakin ramai orang Cina melihat DAP lah sebenarnya yang mengapikan sentimen perkauman melalui agenda seperti UEC ini. DAP daripada awal lagi mempertikaikan kontrak sosial yang menjadi asas pembentukan negara.

Orang Cina nak teruskan ambil UEC, terpulang. Itu hak mereka. Tapi wajib ambil juga SPM seperti semua kaum lain di Malaysia. Simple.

Tapi DAP awal-awal lagi dah sebut, mereka sanggup keluar kerajaan kalau UEC tak diiktiraf. Inilah cabaran besar Anwar sekarang. Kalau tak iktiraf, boleh jatuh kerajaan. Kalau iktiraf, parti lain termasuk Sabah pula akan protes. Good luck Perdana Menteri ke-10.

ALANG IBN SHUKRIMUN
24 Jumadal Ula 1443
17 Disember 2022 – HARAKAHDAILY 17/12/2022

- Advertisement -