10 perkara bukti kegagalan Anwar urus ekonomi

- Advertisement -

RAMAI yang mengatakan DS Anwar Ibrahim (DSAI) adalah seorang yang pandai menguruskan ekonomi ekoran beberapa ucapan beliau sepanjang kempen PRU-15 yang dilihat sering menyentuh isu-isu ekonomi (janji untuk lawan rasuah, bawa pelaburan, selamatkan kewangan kerajaan dan sebagainya). Jom kita telusuri ke alam realiti sejauh mana benarnya apa yang beliau katakan.

- Advertisement -

DSAI pernah memegang beberapa portfolio di dalam Kerajaan Persekutuan. Kementerian yang paling lama dipegang adalah Kementerian Kewangan iaitu daripada tahun 1991 sehingga 1998. Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan beliau pada ketika itu dalam menyelesaikan Krisis Kewangan 1997 yang melanda negara. 

Beliau terkenal sebagai individu yang sangat mesra dengan pihak Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Ketika berlakunya krisis tersebut, DSAI menerima cadangan daripada institusi-institusi ini supaya Malaysia mengurangkan perbelanjaan serta menaikkan faedah pinjaman bank dengan tinggi bagi melemahkan ekonomi negara agar mendapat kelayakan untuk menerima bantuan daripada mereka.

Sebagai galang gantinya, ekonomi Malaysia mesti diserahkan kepada IMF, seterusnya berpotensi mengakibatkan dasar-dasar yang dibuat seperti Dasar Ekonomi Baru akan dihapuskan. Tindakan ini dikenali sebagai Pakej Penjimatan (Austerity Package), namun seluruh dunia menggelarnya sebagai pengamalan dasar IMF tanpa IMF iaitu tanpa bantuan kewangan yang sepatutnya daripada IMF. 

DSAI sempat melaksanakan sebahagian Pakej Penjimatan ini semasa beliau mengambil alih peranan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri secara sementara selama dua bulan. Hasilnya, sebanyak hampir 18 peratus perbelanjaan negara berjaya dipotong dan beberapa projek mega diberhentikan daripada terus beroperasi. 

Secara ekonomi, Pakej Penjimatan ketika krisis melanda adalah suatu tindakan berbahaya dan mendapat kritikan hebat daripada pakar-pakar ekonomi di seluruh dunia. Bahkan, menurut kajian yang dibuat oleh tiga orang bekas ahli IMF terhadap 17 negara selama 30 tahun, didapati Pakej Penjimatan ini mengurangkan perbelanjaan penggunaan dan semakin melemahkan ekonomi sesebuah negara. 

Sehingga kini, Projek Penjimatan yang dilaksanakan oleh IMF ini menghasilkan kesan yang sangat mendukacitakan dan meletakkan negara yang terlibat dalam krisis yang lebih teruk. Ia bukan sahaja tidak menyelesaikan ekonomi negara tersebut, bahkan meningkatkan jurang kemiskinan (poverty) dan melebarkan ketidaksamaan (inequality) di dalam masyarakat.

Akibat tindakan DSAI yang bercanggah dengan perancangan Tun Mahathir dalam menyelesaikan krisis ini, kuasa beliau ke atas kewangan dan ekonomi negara terpaksa dipindahkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), sebuah jawatankuasa dan think tank yang ditubuhkan khusus untuk menangani masalah kesusutan nilai Ringgit dan ekonomi negara. 

MTEN bertindak melalui pengamalan kawalan matawang (currency control) dan sekatan ke atas CLOB (Central Limit Order Book – pasaran saham haram yang ditubuhkan di Singapura) supaya segala perniagaan Ringgit oleh penyangak matawang seperti Soros dan penjualan saham Malaysia dalam CLOB dapat ditamatkan. 

Tindakan MTEN ini berjaya memulihkan ekonomi dan kewangan negara serta kembali ke landasan yang stabil. Tindakan DSAI yang dilihat sangat pro-IMF hampir-hampir meletakkan Malaysia di dalam perangkap hutang IMF buat selama-lamanya seperti berlaku kepada negara-negara lain yang mengambil pendekatan ini.

Justeru, wajarkah DSAI diangkat sebagai Perdana Menteri dengan rekod dan mentality sebegini? Ini rekod lama, sekarang dah berubah. Benarkah begitu? Apa yang berlaku apabila gabungan parti di bawah kepimpinan beliau diberikan peluang mentadbir negara? Nantikan perkongsian seterusnya…

Senarai Rujukan:

a)    A Study of Anwar Ibrahim, UK Essays (2017).

https://www.ukessays.com/essays/history/a-study-of-anwar-ibrahim-history-essay.php

b)    Malaysia: Who Is Anwar Ibrahim? Does He Have What It Takes To Be A Reform Prime Minister? – Analysis, Eurasia Review (2021)

c)    Anwar Ibrahim – Financial Crisis and Fall From Power

https://www.liquisearch.com/anwar_ibrahim/financial_crisis_and_fall_from_power

d)    Kenapa Anwar Rasa Dia Yang Paling Layak Menjadi Perdana Menteri?, Malaysia Today (2019)

e)    Understanding Austerity, Types of Austerity Measures & Examples, Investopedia (2021)

https://www.investopedia.com/terms/a/austerity.asp

f)    Can Austerity Boost Economic Growth?, The Guardian (2012)

https://www.theguardian.com/business/economics-blog/2012/jan/19/can-austerity-boost-economic-growth

g) How The IMF Is Pushing An Austerity-Based Recovery, Oxfam International, Washington Office.

https://medium.com/@OxfamIFIs/how-the-imf-is-pushing-an-austerity-based-recovery-f19c6040e918

h) IMF Austerity is Alive and Increasing Poverty and Inequality, Global Development Policy Centre (2021)

ASYRAF SALLEH
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) – HARAKAHDAILY 16/11/2022

- Advertisement -