Rafizi: Tuduh dahulu, kepastian kemudian?

- Advertisement -

RAFIZI dan pembunuhan karakter politik lawan bukanlah perkara baru. Sasarannya adalah topgun parti lawan.

- Advertisement -

Nampaknya pada kempen PRU kali ni peluru cuba dihalakan pada Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS merangkap Menteri KASA. 

Tuduhan mula dibuat kononnya berlaku tender rundingan terus melibatkan projek tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion dalam tempoh ‘kerajaan sementara’.

“Saya tidak pasti apakah status proses kelulusan tersebut kerana saya mendapat maklumat ia akan diluluskan dalam tempoh dua minggu ini…” 

Rafizi menyatakan saya tidak pasti,namun dalam tak pasti pun ‘tuduhan mesti dibuat’. Begitulah caranya. Tuduh dulu, pasti tak pasti jatuh nombor dua.

Tidak sampai 24 jam penafian telah dibuat TTTM dalam ceramahnya, dan kenyataan rasmi KASA hari ini.

(https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=678711330485305&id=100050393324104).

Namun begitu, ini cerita hari ini. Cerita lalu kekal tercatat dalam sejarah hitam politik tanah air. Tidak boleh saya lupa bagaimana plot-plot jahat disusun untuk menjatuhkan almarhum Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) Menteri Besar Selangor yang cemerlang ketika itu.

Inilah bibit mula keretakan Pakatan Rakyat. Almarhum Tan Sri Khalid dituduh dengan sesuatu yang tidak dilakukan hanya kerana ‘Langkah Kajang’, perancangan memberi laluan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar namun tidak kesampaian.

Jiwa besar TSKI, permohonan maaf diterima mengambil semangat Syawal. Namun, peristiwa itu telah menguburkan karier politik seorang tokoh politik dan pakar ekonomi.

Mahkamah Tinggi Shah Alam ketika itu, merekodkan penghakiman persetujuan di mana Saifuddin selaku defendan pertama dan PKR defendan kedua telah menyatakan rasa kesal mereka dan memohon maaf kerana mengeluarkan dan mengedarkan satu laporan 91 muka surat yang mengandungi pelbagai tuduhan fitnah terhadap TSKI.

“Permohonan maaf itu adalah tanpa syarat dan PKR mengakui setiap tuduhan dan dakwaan terhadap Khalid adalah tidak benar dan berniat memfitnah.

“…dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) adalah seorang yang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku dan tidak layak menjadi MB Selangor.

“Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta tanpa syarat memohon maaf kepada TSKI.

(https://www.astroawani.com/berita-politik/langkah-kajang-langkah-kecundang-khalid-ibrahim-70066)

Seruan saya sebagai anak muda, cukuplah bermain politik begini. Hidupkan budaya politik baru yang lebih matang.

Politik begini tidak menguntungkan. Sebaliknya, ‘membunuh’ orang-orang baik yang kompeten yang boleh membina dan memakmurkan negara.

FARHANA OMAR – HARAKAHDAILY 8/11/2022

- Advertisement -