Penyihir Rusia sukar sihir Muslim yang jaga solat

Ahli sihir Rusia, Zhanna Khushnir muncul dalam video tular terkini menceritakan pengalamannya dalam menghadapi golongan umat Islam. (FOTO askara.co)
- Advertisement -

Oleh ZULHAIDI MANSOR

MOSCOW: Tular sebuah video di Twitter mengenai seorang penyihir atau ahli sihir Rusia, Zhanna Kushnir menceritakan pengalamannya dalam sebuah wawancara yang mengakui dirinya sukar untuk menyihir Muslim yang menjaga solat.

Dalam video berkenaan, dia menceritakan bahawa amat sukar untuk mempengaruhi Muslim berbanding penganut agama lain kerana bagi Kushnir, umat Islam sentiasa menunaikan solat wajib setiap hari.

- Advertisement -

“Mereka (Muslim) sentiasa berada dalam sejenis ‘kubah pelindung’ dan sangat sukar untuk menyusup masuk (melalui sihir) ke dalam diri mereka. 

“Ini kerana umat Islam sentiasa menghadap Allah SWT dalam solat,” katanya. 

Mengulas lanjut, Kushnir berkata, ritual doa bukan satu gangguan seperti penganut Kristian yang hanya datang ke gereja ketika hidup mereka ditimpa kesusahan. 

Hal ini  menurutnya, berbeza dengan orang Islam yang beriman dan mempunyai hubungan yang utuh dengan Allah SWT. 

“‘Pelindung’ mereka (orang Islam) ialah Allah SWT yang melindungi mereka yang menyembahnya.

“Allah SWT sangat melindungi. Jadi, menyerang seorang Muslim yang taat apabila dia berpegang kepada agamanya adalah sangat sukar,” akui Kushnir.

Dalam Islam, khususnya terkandung dalam kitab suci al-Quran kaedah bagi mengelakkan sihir, salah satu caranya adalah  memohon perlindungan kepada Allah SWT dengan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran seperti Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. 

Dengan izin Allah SWT, insya-Allah, Allah SWT akan memberikan kesembuhan. Justeru, umat Islam  hendaklah yakin sebagaimana  Allah SWT berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat 82 yang bermaksud:  “Dan kami turunkan al-Quran sebagai ubat kesembuhan dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”. – HARAKAHDAILY 6/9/2022

- Advertisement -