
Oleh SYAHIRAH SALLEH
SIK: Sepanjang Kempen PAS Pilihanku 4.0 dijalankan sejak 16 Jun lalu, sebanyak 9,241 ahli baharu PAS berjaya dikumpulkan dari seluruh negara.
Dalam tempoh lapan hari, Kedah berjaya mengumpulkan 2,555 borang ahli baharu untuk diserahkan kepada Pejabat Agung PAS, diikuti Kelantan sebanyak 1,920 orang dan Selangor 1,053 orang.
Manakala, Terengganu berjaya mengumpulkan 957 orang, Sabah (618), Perak (585), Pahang (572), Johor (250), Pulau Pinang (200), Negeri Sembilan (137) Perlis (121), Wilayah Persekutuan (91), dan Sarawak (72).

Pada program berkenaan, direkodkan hampir 100 orang berdaftar sebagai ahli PAS sepanjang majlis bermula jam 1 tengah hari sehingga 6.30 petang, semalam.
Jumlah berkenaan dijangka terus meningkat dengan Pelancaran Kempen PAS Pilihanku 4.0 yang diadakan di Dewan Al-Hana, di sini yang menyasarkan jumlah keahlian baharu terkumpul tahun ini seramai 50,000 orang.
Kaunter keahlian dibuka untuk memberi ruang kepada Ahli PAS membuat semakan keahlian dan pendaftaran ahli baharu. Antara aksi Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor sepanjang Perlawan Pasukan Pilihan MB dan SUA Pertandingan batu seremban anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia Bertuah. Seorang ahli PAS menerima hadiah cabutan bertuah sebuah motosikal. Petugas di kaunter jualan buku dan pelbagai barang Selesai berkonvoi, anggota ARC beratur untuk jamuan rakyat. Turut disediakan ais krim percuma untuk semua. Jamuan rakyat di perkarangan Dewan Al-Hana di sini. Muslimat PAS hadir dari pelbagai kawasan dan negeri Pertandingan mewarna kanak-kanak Pertandingan motosikal lambat anjuran ARC Tersenyum gembira seorang suami apabila isterinya bertuah mendapat cabutan bertuah mesin basuh Kenduri durian hasil sumbangan durian dari warga Sik Aksi Setiausaha Agung (SUA) PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan semasa perlawanan pasukan pilihan SUA dan MB Kedah Momen konvoi anggota ARC dari seluruh kawasan Kedah
Pelbagai program turut dijalankan bagi memeriahkan majlis, antaranya jamuan rakyat, kenduri durian hasil sumbangan warga Sik, perlawanan bola sepak antara Pasukan Pilihan Setiausa Agung PAS dan Menteri Besar Kedah.
Selain itu, pengunjung turut berpeluang menyaksikan pameran motosikal berkuasa tinggi, pertandingan motor lambat dan demontrasi silat wanita.
Antara hadiah menarik dalam cabutan bertuah sepanjang majlis adalah sebuah motosikal, basikal, mesin basuh, televisyen, dan peti sejuk.
Turut kelihatan pada majlis, Mursyidul Am PAS, Dato’ Hashim Jasin; Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya; Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Hanif Jamaluddin dan AJK PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 26/6/2022