Mangsa kebakaran terharu terima sumbangan timbalan menteri

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Mangsa kebakaran dari Kampung Golok Semerak Ab Rashid Awang Muda terharu apabila menerima sumbangan daripada Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan ll, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Sumbangan sebanyak RM5,000 disampaikan semalam bagi meringankan keluarga mangsa kebakaran terbabit.

- Advertisement -

“Di samping sumbangan peribadi, saya juga ingin mengalu-alukan sumbangan daripada saudara-saudari untuk turut sama membantu meringankan beban saudara kita ini.

“Mudah-mudahan Allah SWT memberkati kehidupan kita,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Pada kejadian tersebut Ab Rashid kehilangan sebuah rumah pusaka dan 20 peratus rumah baharunya hangus dalam kebakaran yang berlaku Jumaat lepas.

Hadir sama pada program tersebut Adun Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim dan Pengarah Pusat Khidmat Dun Semerak, Awang Ismail.

Pada majlis lain Di Nik Zawawi yang juga ahli parlimen Pasir Puteh menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Masjid Mukim Golok untuk projek pembangunan masjid terbabit.

Sementara itu Ab Rasyid melahirkan perasaan terharu menerima sumbangan daripada timbalan menteri yang begitu cakna terhadap kebajikan rakyat. – UPKN

- Advertisement -