PBT diarah tidak kunci tayar kenderaan

Foto hiasan.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan diarah tidak mengunci tayar kenderaan yang melakukan kesalahan terutama di kawasan bandar bermula minggu ini sehingga seminggu selepas sambutan Aidilfitri.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Rosnazli Amin berkata syarikat yang mengendalikan konsesi parkir di kawasan PBT terbabit diminta supaya tidak berbuat demikian.

- Advertisement -

“PBT diarah supaya tindakan lebih ringan dilaksanakan berbanding mengunci tayar pada musim perayaan memandangkan limpahan kenderaan yang memasuki bandar menyebabkan ruang parkir yang ada tidak mencukupi,” katanya di sini.

Sementara orang ramai menyambut baik langkah PBT tidak melaksanakan tindakan mengunci tayar kenderaan yang melakukan kesalahan meletak kenderaan di kawasan bandar sempena Hari Raya.

Mohd Amin Yaakub, 56, dari Lundang berkata, kepulangan ramai perantau menjelang sambutan Hari Raya menyebabkan kawasan bandar menjadi sesak sehingga ruang parkir penuh.

“Anggota penguatkuasa MPKB BRI boleh membantu bagi memastikan lalu lintas lebih lancar,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 1/5/2022

- Advertisement -