
RIYADH: Kerajaan Arab Saudi mengumumkan menyediakan peluang pekerjaan dan latihan kemahiran buat warga negara dalam sektor program nuklear.
Menteri Tenaga Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman dalam ucapannya pada Kongres Keusahawanan Global (GEC) 2022 di sini pada Ahad (27 Mac) berkata bahawa Saudi memiliki program lokalisasi dan memberikan sokongan untuk usahawan kecil dan sederhana dalam sektor nuklear.
Sambil merujuk pada inisiatif Putera Mahkota, Muhammad bin Salman, beliau berkata: “Kita tidak boleh lupa bahawa individu yang memimpin Visi Saudi 2030 ialah seorang pemuda yang sangat bercita-cita tinggi yang tidak mengenal kata ‘tidak mungkin’.
“Selama ini, kita bertuah kerana mempunyai pemimpin yang berkualiti seperti beliau. Jelas bahawa di negara ini ada ramai lelaki dan wanita muda dengan cita-cita tinggi, antusiasme, dan tekad yang sama; dan mereka bekerja untuk masa depan yang cerah serta untuk masa depan negaranya.
GEC selama empat hari yang bermula Ahad (27 Mac) sehingga Rabu (30 Mac) ini menyaksikan kehadiran tokoh-tokoh global terkemuka seperti pengasas bersama Apple, Steve Wozniak; pengasas bersama Netflix, Marc Randolph, Pengusaha dan Ketua GEN, Jeff Hoffman, dan pengasas Mara Group, Ashish Thakkar.
GEC diselenggarakan oleh General Authority for Small and Medium Enterprises (Monshaat) dengan kerjasama Jaringan Keusahawanan Global di bawah slogan ‘Reboot, Rethink, and Regenerate‘. Ia turut dihadiri para pengusaha, pelabur, pakar, dan pembuat keputusan dari 180 negara di seluruh dunia.
Konferensi ini membahas beberapa topik yang bertujuan untuk membangun sistem global terpadu untuk kewirausahaan, membantu pengusaha untuk mempertahankan dan memperluas bisnis mereka di seluruh dunia, dan menyadari trend global baharu di era pasca-pandemik Covid-19, melalui lebih dari 100 sesi curah pendapat informatif yang melibatkan lebih dari 150 pembicara.
Lebih dari 26 menteri dari seluruh dunia, pembicara dari pemimpin perusahaan antarabangsa, ekonomi, dan pembuat keputusan, berkolaborasi dalam sesi untuk membahas topik-topik penting di bidang kewirausahaan, dan praktik terbaik untuk membangun sistem keusahawanan global. – Saudi Gazette
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!