
KHIDMAT Malaysia Kuala Krai menjunjung kasih KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Pemangku Sultan Pahang yang mencemar duli turun ke kawasan Rumah Murah Kampung Teroh, Karak, Pahang.
Keberangkatan DYMM Pemangku Sultan yang ternyata begitu prihatin apabila turut meluangkan masa bertemu mata dengan sukarelawan daripada Khidmat Malaysia Kuala Krai dan Jabatan Amal Kuala Krai.
Saya turut dijemput mengiringi Baginda Tuanku bertemu mata dengan penduduk di kawasan tersebut.
Saya juga telah menyampaikan sembah hormat ucapan terima kasih seluruh rakyat Kuala Krai yang mana rakyat Pahang antara yang datang membantu Kuala Krai semasa tragedi banjir 2014.
Tuanku jemput ‘kumpulan baju hijau’ mengadap dan bertitah ‘Inilah betul-betul semangat Pantai Timur’.
Daulat Tuanku, junjung kasih kerana berkenan mencemar duli menjenguk kami sukarelawan Kelantan.
Kami ditugaskan di kawasan ini oleh urusetia Bilik Operasi Banjir Bentong yang berpusat di Maahad Tahfiiz Dar Al-Abrar.
Pelepasan pasukan sukarelawan Kelantan seramai 1,500 orang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan pada pagi Jumaat, 24 Disember di Kompleks SUK Kelantan, Kota Bharu.
YB USTAZ ABDUL LATIFF ABDUL RAHMAN
Ahli Parlimen Kuala Krai – HARAKAHDAILY 28/12/2021
Sumber Asal: https://www.facebook.com/100044490756990/posts/467806211379067/?d=n




















