Paras air lima sungai di Kelantan tunjuk trend menaik

Foto hiasan.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Paras air lima sungai di Kelantan menunjukkan trend menaik susulan hujan berterusan di beberapa kawasan sejak dua hari lepas, setakat pukul 5 petang tadi.

- Advertisement -

Menurut portal info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), lima sungai tersebut adalah Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai merekodkan bacaan 29.82 meter (m), Sungai Kelantan di Jeti Kastam, Kota Bharu (0.51m) dan Sungai Semerak, Pasir Puteh (0.51m).

Selain itu Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah (8.94m) dan di Kampung Jambu, Kuala Jambu, Pasir Mas juga merekodkan bacaan menaik iaitu 1.12m.

Terdahulu, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS menerusi kenyataannya hari ini telah mengeluarkan amaran banjir akan berlaku di beberapa lokasi di jajahan Kuala Krai dan Jeli bermula esok. – BERNAMA

- Advertisement -