Tabung Haji: Penjualan aset diarah dihentikan

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Segala bentuk penjualan aset milik Lembaga Tabung Haji diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV) yang dibentuk semasa pentadbiran kerajaan terdahulu telah diarah supaya dihentikan.

- Advertisement -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Ustaz Idris Ahmad memberitahu, tindakan tersebut sebagai jaminan kerajaan terhadap kepentingan aset-aset sedia ada yang belum lagi dijual.

“Saya telah mengarahkan dihenti sebarang bentuk penjualan baharu baru-baru ini terutama aset peladangan yang dimiliki oleh Tabung Haji,” katanya selepas majlis penyerahan derma oleh Kedutaan China di Malaysia kepada JAWI Food Bank, di sini.

Semasa di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan telah diputuskan penjualan beberapa aset bernilai dan strategik milik Tabung Haji kononnya mengalami kerugian hingga mencetuskan bantahan ramai.

Antaranya beberapa hotel yang dipindah milik dan ladang kelapa sawit milik anak syarikat institusi kewangan umat Islam itu di mana dikatakan jatuh pemilikan atau pembeliannya oleh syarikat diterajui bukan-Islam. – HARAKAHDAILY 18/11/2021

- Advertisement -