Nasib pegawai JPS dimaki ADUN DAP

- Advertisement -

TERKEJUT melihat rakaman video ADUN N.48 Kota Kemuning dari DAP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Kerajaan Negeri Selangor, YB Ganabatirau A/L Veraman, memaki pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kerana tidak berpuas hati dengan isu banjir di Taman Sri Muda.

- Advertisement -

Tertanya-tanya bagaimana agaknya perasaan pegawai JPS tersebut bila dimaki secara terbuka oleh ADUN DAP ini dengan kata-kata seperti:

1. “Kerja bodoh macam ini macam.”
2. “Tak boleh buat kerja.”
3. “Tak tahu baca punya orang.
4. “Macam bodoh punya kerja.”

Malah, di samping dimaki, pegawai JPS tersebut juga diberikan ingatan oleh ADUN DAP ini mengenai siapa beliau dengan kata-kata seperti:

1. “You must understand, I am an EXCO Member.”
2. “You must understand, I am an EXCO Member and I am an elected rep here.”
3. “Please, you don’t know me.”
4. “I am a lawyer by profession. Dalam negara ini 10 lawyer itu atas saya seorang. Don’t try to be funny with me.”

Sudahlah dimaki secara terbuka, rakaman video pegawai JPS tersebut dimaki secara terbuka juga disiarkan di laman Facebook ADUN DAP ini untuk tujuan yang beliau sahaja tahu.

Tidak dinafikan mungkin pegawai JPS tersebut ada melakukan kesilapan, tapi wajarkah beliau dimaki secara terbuka oleh ADUN DAP ini dan rakaman video beliau dimaki pula dihebahkan?

Bukankah lebih wajar untuk ADUN DAP ini mengawal kemarahan beliau dan bertindak profesional dengan membawa masalah tersebut untuk dibincangkan di peringkat tertinggi?

Jika pemimpin DAP sudah boleh berkelakuan begini bila hanya berkuasa di peringkat negeri bagaimanalah agaknya perlakuan mereka jika mereka kembali berkuasa di peringkat pusat?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 25/10/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Sumber Asal: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=4799682300075790&id=100001022016761

- Advertisement -