Kerajaan pertimbang tambah bilangan hakim syarie

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kerajaan akan mempertimbangkan untuk menambahkan bilangan hakim syarie di negara ini bagi memperkasakan undang-undang syariah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Ahmad Marzuk Shaary berkata, biarpun ia bukan keperluan mendesak buat masa ini, namun ia mungkin diperlukan pada masa akan datang. 

- Advertisement -

Katanya, penambahan itu (jumlah hakim syarie) sebenarnya dapat memastikan pengurusan kes-kes syariah di negara ini berjalan lancar.

Beliau berkata demikian pada media ketika ditemui selepas program Sumbangan Dana Perlu dan Dana Pelajar oleh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM). 

Seramai 352 penerima iaitu pemandu teksi lapangan terbang, nelayan, petani dan bekas penagih dadah di Pusat Khidmat Parlimen  Pengkalan Chepa di sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Prof Madya Dr Amir Shaharuddin.

Menurut Ahmad Marzuk lagi, setakat ini terdapat seramai 190 hakim yang bertugas di Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi dan Rendah yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan serta 98 orang di negeri-negeri yang diguna sama.

“Berdasarkan jumlah itu, Mahkamah Syariah boleh beroperasi, namun ia bukanlah satu keperluan yang mendesak. Mungkin bukan sekarang, tetapi untuk masa akan datang ia suatu keperluan,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/10/2021

- Advertisement -