Kongres Ekonomi Rakyat, 12 September

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 akan mengadakan Kongres Ekonomi Rakyat pada 12 September ini bersempena menyambut ulang tahunnya yang keenam.

Kongres itu dijangka akan merumuskan Pelan Tindakan Ekonomi Rakyat (PTER).

- Advertisement -

Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 juga bersetuju mengekalkan logo dan tema asal iaitu, ‘Membina Malaysia Sejahtera’ bagi mengekalkan identiti asalnya.

Sebarang urusan berkaitan, boleh berhubung terus dengan Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 yang baharu dibentuk.

Pada 11 Julai, resolusi Konvensyen NGO-NGO Peringkat Kebangsaan bersetuju untuk menggerakkan semula Sekretariat Kongres Rakyat bagi memperjuangkan kepentingan rakyat

Sementara itu, mesyuarat Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 bersetuju melantik Mohd Shuhaimi Embong sebagai pengerusi baharunya.

Suhaimi akan mengurus Kongres Rakyat 2.0 sebagai sebuah organisasi yang melaksanakan tugas menganjurkan program dan aktiviti yang bersesuaian dengan fungsinya. – HARAKAHDAILY 9/9/2021

- Advertisement -