Hina Agong: Pelaku wajar dihukum seberat-beratnya

- Advertisement -

SAYA telah berpeluang menonton dan mencatitkan sebiji-sebiji ucapan dalam video yang menyebabkan Iswardy Morni ditahan oleh pihak polis. Tidak dinafikan bahawa perkara utama yang menimbulkan kemarahan rakyat adalah tindakan beliau menghina Yang di-Pertuan Agong.

Kata-kata beliau berbunyi:

‘Oh, Tuanku? Tuanku? Tuanku? Tuanku? Tuanku, bangun tak? Tuanku, bangun tak? Ha, bangun tak bangun ni? Tahu tak apa yang berlaku kat sekeliling kita ni? Tahu tak sekarang ni angka lapan ribu, Tuanku? Yalah, kita tahulah istana tu sedaplah, makan minum tidur apa semua kat situ, sedaplah, tahu, ya, kita tahu.’

Tidak lain cuba memberikan gambaran seolah-olah Yang di-Pertuan Agong tidak tahu dan tidak kisah dengan apa yang menimpa rakyat.

- Advertisement -

Kata-kata beliau berbunyi:

‘Tuanku? Tuanku? Tuanku tak nak cakap apa-apakah, Tuanku? Sultan Johor dah cakap, Tuanku, tak kisahlah dia kata nak apa nama lockdown bersasarkah apa, at least dia bagi cadangan, Tuanku, bagus tu, bagi saya ok. Saya respect Sultan Johor, Tuanku. Tuanku tak nak bagi kenyataankah? Janganlah bagi kenyataan, “Dengan ini Beta merasakan bahawa kita hendaklah duduk di rumah”. Jangan cakap macam tu, Tuanku. Itu hari-hari Muhyiddin cakap, Tuanku. Itu kita tahu. Tak, kita sekarang ni kena buat macam mana, Tuanku?’

Tidak lain cuba memberikan gambaran seolah-olah Yang di-Pertuan Agong langsung tidak peka dan tidak bersuara mengenai nasib rakyat.

Kata-kata beliau berbunyi:

‘Nampak gayanya Kerajaan yang ada sekarang tak tahu apa nak buat, Tuanku, dia orang ni clueless. Dia macam monyet dapat bunga, dia macam kera dapat bunga, dia tak tau nilai kera tu. Dia macam kera dapat Mercedes Benz, Tuanku. Ha, kera Mat Yeh dekat Kelantan tu dapat Mercedes S Class, Tuanku, tapi haram tak reti yang tu Mercedes, dia pergi lenjan naik atas tercabut dia punya side mirror, pergi gegar-gegar, scratchkan, ambil batu hantuk dia punya cermin, Tuanku. Ini kerajaan ada sekaranglah, beruk dapat Mercedes Benz S Class, Tuanku. So Tuanku nak buat apa, Tuanku? Kalau tahun lepas 2008 saya ingat lagi Tuanku ya, Tuanku cepat, cepat bertindak, oish, cepat sungguh bertindak, Tuanku. Sekarang macam mana, Tuanku? Bila nak bertindak? Tak apalah, Tuanku, tak apalah, biarlah ramai rakyat Tuanku matilah.’

Tidak lain cuba memberikan gambaran seolah-olah Yang di-Pertuan Agong tidak berbuat apa-apa dan akan membiarkan sahaja ramai rakyat mati. Tetapi lebih daripada itu, kata-kata Iswardy Morni ini juga cuba menanamkan ketidakyakinan rakyat terhadap usaha Kerajaan menangani COVID-19.

Kata-kata beliau berbunyi:

‘Vaksin sekarang ini, program imunisasi negara dikendalikan oleh satu agensi, satu kementerian yang tak pernah, tengok vaksin pun tak pernah, let alone handle pasal benda ni semua. Kita serahkan semua kepada orang yang bukan ahlinya. Rasulullah dah sebut dalam Hadis, ‘Apabila kita meletakkan urusan itu kepada mereka yang bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaan,’ ‘Apabila kita bagi urusan itu kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaan.’

Tidak lain cuba memberikan gambaran seolah-olah program vaksinasi negara akan menemui kegagalan dan negara akan mengalami kebinasaan.

Kata-kata beliau berbunyi:

‘Ingat tak apa yang berlaku tahun lepas masa PKP, masa lockdown? Kenapa berlaku lockdown? Selepas kejatuhan kerajaan kan? So tak mustahil lockdown ini sebenarnya sebab takut kerajaan jatuh lagi, tak mustahil.’

Tidak lain cuba memberikan gambaran seolah-olah total lockdown yang diumumkan oleh Kerajaan bertujuan politik dan bukan untuk menangani COVID-19.

Kata-kata beliau berbunyi:

‘Siapa yang menyebabkan PRN Sabah? Siapa yang bawa duit nak beli YB-YB itu semua? Siapa? Siapa yang sibuk pergi ke Sabah muka dia terpampang kat Sabah? Siapa yang lepaskan Musa Aman? Dan aset dia beratus juta tu? Untuk tujuan apa? Nak beli YB-YB tu kan? Katak-katak melompat tu kan?’

Tidak lain cuba memberikan gambaran seolah-olah institusi negara, khususnya institusi kehakiman, dengan mudah boleh dipergunakan untuk tujuan politik. 

Malah, kata-kata beliau berbunyi: 

‘Tuan-tuan, ini karma. Orang yang percaya karma dia percaya karma. Orang yang tak percaya karma, ini pembalasan. Ini azab kepada Kerajaan pengkhianat yang mengkhianati, yang menggunakan segala bentuk kebobrokan dan kejahatan untuk terus kekal berkuasa dan dihalalkan dicophalalkan oleh penunggang-penunggang agama di dalam PAS, dicophalalkan oleh penunggang-penunggang agama di dalam PAS. Tidak ada kemurkaan yang paling besar daripada Allah S.W.T daripada mereka yang bercakap, keluar di bibir, lidah, mulut, suaranya, ‘agama’, ‘agama’, ‘agama’, tetapi jiwa, naluri, perbuatannya tidak lain daripada perbuatan syaitan yang direjam, syaitan bertopengkan manusia, berserban lilit, berjubah, tetapi syaitan belaka.’

Tidak lain cuba memberikan gambaran seolah-olah kerajaan yang ada membuat pelbagai kebobrokan dan kejahatan serta seolah-olah PAS adalah syaitan.

Lalu soalan saya adalah: Wajarkah orang begini dan semua kata-kata begini dipertahankan? Tidakkah pengucap semua kata-kata begini perlu dihukum seberat-beratnya?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 30/5/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -