Pejuang Palestin lancar roket ke pangkalan tentera Zionis

PESAWAT pejuang rejim zionis Israel melancarkan serangan ke atas Khan Younis, Jabalia, Beit Lahia dan Rafah lewat malam tadi waktu Gaza. (Gambar 1)

Advertisement

Pejuang Palestin melancarkan roket ke arah enam pangkalan tentera rejim zionis Israel di Hatzur, Hatsarim, Nifatim, Tal Nuof, Belmakheem dan Ramon bagi membalas tindakan tentera rejim zionis Israel mengebom Semenanjung Gaza. (Gambar 9)

Pejuang Palestin melancarkan roket ke arah Netivot, Ashkelon, Ashdod, Ghan Yafna, Asqlan, Lakhish, Sederot dan Zakeem.

Penduduk Palestin di Umm Al Fahm mengadakan rapat umum mengutuk kekejaman Israel dan menyatakan sokongan kepada Gaza. (Gambar 2)

Anak muda Palestin bertempur dengan polis dan tentera rejim Israel dengan menggunakan mercun di kem Shafat, Jerusalem. (Gambar 3)

Tentera rejim zionis Israel cedera dan berundur setelah bertempur dengan penduduk Palestin di utara pintu masuk bandar Beer. (Gambar 4)

Berlaku pertempuran antara anak muda Palestin dengan tentera rejim zionis Israel di Bab Al Zawia, Hebron. (Gambar 5)

Pertempuran sengit berlaku antara anak muda Palestin dengan tentera rejim zionis Israel di Hawara, utara Nablus. (Gambar 6)

Kumpulan ekstremis zionis Israel Hainna menggesa diadakan perarakan ke arah pintu masuk Masjidil Aqsa kerana membantah penutupan Masjidil Aqsa sebelum diambilalih oleh mereka. (Gambar 7)

Berlaku pertempuran antara anak muda Palestin dengan tentera rejim zionis Israel di Anata, timur laut Jerusalem. (Gambar 8)

Anak muda Palestin menaikkan bendera Palestin di menara peninjau milik tentera rejim zionis Israel setelah berlaku pertempuran sengit di kem Shafat, Jerusalem. (Gambar 10)

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin. – HARAKAHDAILY 19/5/2021

(Kredit: Al Jazeera, Alarabiya Palestine, Al Quds, Shehab News & Gaza Now.)