3 keris pusaka Nik Amar dibida RM42,500

- Advertisement -

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan Dato’ Mohd Amar Abdullah melelong tiga keris pusaka bagi membantu umat Islam di Palestin melalui kempen #Aid4Palestine.

Katanya, tempoh lelongan dan bidaan tamat pada jam 6 pagi semalam selepas dibuka selama 24 jam (dua hari).

- Advertisement -

Beliau berkata, ketiga-tiga keris tersebut berjaya dibida sebanyak RM42,500.

“Keris pertama dibida pada harga RM17,000. Manakala keris kedua sebanyak RM9,000 dan ketiga dan RM6,500.

“Bagaimanapun seorang pembida yang tidak berjaya turut menyatakan untuk terus menyumbang sebanyak RM10,000,” katanya di sini.

Proses bidaan itu dikelolakan Pertubuhan Cakna Palestin dan semua bayaran juga sudah dipindahkan pembida dan penderma terus ke akaun Cakna Palestin.

“Pagi esok saya akan membuat pengumuman nama-nama mereka yang berjaya dan membuat serahan keris-keris berkenaan.

“Bidaan amal keris adalah salah satu tarikan dan usaha menggiatkan kempen #Aid4Palestine. Kita semua boleh terus menyumbang dalam pelbagai bentuk dan saluran,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/5/2021

- Advertisement -