Sanusi beri kereta untuk dibida sumbang ke #Aid4Palestine

ALOR SETAR: Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor membuka bidaan orang ramai atas kenderaan miliknya Volvo XC60 3.0 cc AWD T6 untuk menjadi sumbangan bagi kempen #Aid4Palestine.

Advertisement

Beliau membuka harga rizab bidaan pada harga permulaan RM55,000 kenderaan tahun 2010 yang dibelinya pada tahun 2018 dengan harga RM60,000 itu selama tiga hari dan pembida tertinggi akan dihubungi.

“Kereta ini saja yang dah selesai hutang bank. Sayang sangat kat kereta ni, tapi sayang lagi kepada saudara kita di Palestin. Sejak saya kutip (beli pernah) buat major dan minor repair, ganti sparepart yang kurang elok dengan sparepart baru (original).

“Sedikit demi sedikit (pembaikan) sampai rasa macam bawa kereta baru, tapi tidaklah 100 peratus macam brand new. Nak bagi sedap dan elok macam ni pun habis sekitar RM25,000. Pendek kata, kondisi kereta ni tip-top. Tak ada apa-apa yang perlu diperbaiki lagi.

“Kalau bertukar tangan dalam aspek enjin, gearbox, suspension, melainkan absorber boot belakang yang lembut sikit – Boot dia boleh turun sendiri. Kos untuk convert power boot ke manual sekitar RM300 saja, tapi saya tak dan (sempat) nak pi buat.

Top speed? Paling laju saya pernah pandu 230 kilometer perjam (km/j) tetapi beberapa kali saja, lazimnya saya hanya maintain pada kelajuan 140-180km/j,” ujarnya yang juga ADUN Jeneri.

Menurut beliau, 100 peratus hasil bidaan ini akan dimasukkan ke akaun #Aid4Palaestine di mana pembida diminta bayar terus ke akaun Maybank Tabung Kemanusiaan PAS 5640 7061 4481 atau PASRelief 5640 7061 2333.

“Sesiapa yang berminat boleh WhatsApp saya 012-5969220. Bidaan ini dibuka selama 3 hari dan pembida tertinggi akan dihubungi sebaik saja bidaan ditutup pada 18 Mei 2021 jam 3 petang.

“Pembida yang serius boleh menyertai bidaan ini, yang tak serius tak payah ‘kacau daun’,” ujarnya mengharap sumbangan segera itu. – HARAKAHDAILY 15/5/2021