Muktamar Tahunan PAS ke-67 selepas PRU15

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS membuat keputusan untuk mengadakan muktamar tahunan ke-67 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agungnya, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan berkata, muktamar dan pemilihan untuk tahun ini akan diadakan selepas PRU15.

“PAS memutuskan muktamar akan diadakan selepas PRU15, tak kiralah bila. Setakat ini begitu dahulu, lagipun kita tak tahu bila PRU akan diadakan,” ujarnya.

Menurutnya, jangkaan awal PRU akan diadakan selepas darurat ditamatkan.

- Advertisement -

“Jadi mengambil kira jangkaan itu setakat ini PAS mengambil keptusan untuk mengadakan pemilihan dan muktamar itu selepas PRU15.

“Mungkin ketetapan itu akan berubah, setakat ini begitu dahulu,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu ketika ditemui selepas majlis meraikan bekas pemain bola sepak Kelantan yang pernah mengharumkan negeri dan kebangsaan di sebuah hotel di sini, petang semalam.

Kali terakhir pemilihan PAS berlangsung pada Jun 2019 ketika Muktamar Tahunan ke-65 di Kompleks Sukan Pahang, Kuantan.

Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man berjaya mengekalkan jawatan masing-masing tanpa bertanding. – HARAKAHDAILY 7/3/2021

- Advertisement -