Pemimpin DAP dalangi usaha burukkan imej kerajaan?

- Advertisement -

TIADA apa yang perlu dihairankan dengan tindakan sejumlah Ahli Parlimen di bawah ASEAN Parliamentarians for Human Rights (APHR) menggesa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri untuk membenarkan Parlimen bersidang tanpa sekatan secepat mungkin.

Ini kerana Ahli Parlimen Malaysia yang menjadi pengasas APHR bersama lima Ahli Parlimen negara Asia Tenggara lain pada 2013 ini adalah dua pemimpin DAP, iaitu Lim Kit Siang dan Charles Santiago, dan kerana Pengerusi APHR sekarang adalah Charles Santiago.

Apakah pelik namanya jika Ahli-ahli Parlimen dari sebuah badan yang diketuai oleh Ahli Parlimen DAP, sebuah parti yang pastinya akan memperolehi keuntungan jika imej kritik kerajaan kita tercemar, mengeluarkan kenyataan yang mencemarkan imej kerajaan kita?

- Advertisement -

Yang sedikit pelik ialah laporan Malaysia Kini yang cuba mengelirukan rakyat bahawa ‘Sejumlah 90 Ahli Parlimen daripada tujuh negara ASEAN menggesa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri untuk membenarkan Parlimen bersidang tanpa sekatan secepat mungkin’.

Ini kerana 25 daripada mereka yang menandatanganinya bukanlah Ahli Parlimen tetapi adalah mantan Ahli Parlimen, yang terdiri daripada penama di bawah.

12 mantan Ahli Parlimen Cambodia, iaitu:
1. Botta Long.
2. Dang Chamreun.
3. Heng Danaro.
4. Ho Vann.
5. Kong Saphea.
6. Long Ry.
7. Men Sothavarin.
8. Mu Sochua.
9. Nuth Rumduol.
10. Sam Rainsy.
11. Sor Chandeth.
12. Tioulong Saumura.

4 mantan Ahli Parlimen Thailand, iaitu:
1. Chamnan Chanruang.
2. Kasit Piromya.
3. Kunthida Rungruengkiat.
4. Pannika Wanich.

3 mantan Ahli Parlimen Phillippines, iaitu:
1. Antonio “Sonny” F. Trillanes IV.
2. Teddy Brawner Baguilat Jr..
3. Tomasito S. Villarin.

3 mantan Ahli Parlimen Indonesia, iaitu:
1. Eva Sundari.
2. Lena Maryana Mukti.
3. Meity Magdalena.

2 mantan Ahli Parlimen Myanmar, iaitu:
1. Kyaw Min San.
2. Shwe Maung.

1 mantan Ahli Parlimen Singapore, iaitu:
1. Braema Mathiaparanam.

Begitu juga dengan bilangan tujuh negara ASEAN yang disebutkan yang salah kerana 8 daripada mereka yang menandatanganinya bukanlah Ahli Parlimen Negara ASEAN, tetapi adalah Ahli Parlimen Timor-Leste yang bukan merupakan sebuah Negara ASEAN, iaitu:
1. Abel Pires da Silva.
2. Adérito Hugo da Costa.
3. António de Sá Benevides.
4. Domingas dos Santos.
5. Elvina Sousa.
6. Francisco de Vasconcelos.
7. Maria Angelina Lopes Sarmento.
8. Rosalina Ximenes.

Agak memalukan jika benar usaha memburukkan imej kerajaan dengan cuba membabitkan sokongan pihak-pihak daripada luar negara ini adalah didalangi oleh pemimpin DAP.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 17/2/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -