Masyarakat India puas hati Kerajaan PN Kedah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Masyarakat India di Kedah berpuas hati terhadap kepemimpinan Menteri Besar yang begitu cakna terhadap rakyat pelbagai kaum termasuk kaum India.

- Advertisement -

Pegawai Khas Menteri Besar (Hal-Ehwal Masyarakat India), K Kumaresan berkata, perkara itu diluahkan pimpinan masyarakat India ketika mengadakan pertemuan dengan Muhammad Sanusi Md Nor semalam.

Katanya, pada pertemuan itu Menteri Besar mengambil perhatian setiap masalah yang dibangkitkan.

“Menteri Besar dilihat begitu prihatin terhadap segala masalah yang diutarakan wakil NGO terbabit.

“Ini secara jelas membuktikan beliau (Sanusi) bukan rasis sepertimana cuba digambarkan pihak tertentu sebelum ini,” katanya di sini, semalam.

Semalam, empat persatuan mewakili masyarakat India di Kedah iaitu Kedah Indian Association, Kedah Hindu Sangam, Kedah Indian Chamber dan wakil Gabungan 90 NGO India mengunjungi hormat Menteri Besar di Wisma Darul Aman.

Pada akhir tahun lepas, riuh isu roboh kuil di Taman Bersatu, Kuala Kedah oleh Majlis Bandaraya Alor Setar.

Kuil Sri Raja Muniswarar tersebut diroboh kerana didakwa dibina di atas tanah kerajaan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Turut diroboh pada operasi tersebut sebuah dewan silat dan lima parkir yang dibina penduduk.

K Kumaresan juga berkata, isu roboh kuil sebenarnya cuba dimanupulasi pihak tertentu bagi memberi persepsi buruk terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah. – HARAKAHDAILY 11/1/2021

- Advertisement -