Lebai kampung dan judi

- Advertisement -

SAYA membaca beberapa serangan RBA PH kepada PAS berkaitan isu judi… Saya sebolehnya tak berminat untuk layan isu ciptaan ini, tetapi ramai pula yang dah masuk gelanggang, saya ikut saja. Jika benar anda berjuang untuk hapuskan judi, mari fahami:

PAS dalam Kerajaan PN masih minoriti


PAS hanya boleh bertindak sebagai pendesak dari dalam. Sesuatu yang lebih baik dan berbeza dari dulu, mendesak dari luar. Desakan dari dalam tentunya tidak diketahui oleh orang luar kecuali beberapa perkara. 

- Advertisement -

Berbeza desakan dari luar yang perlu bising dan ketuk pintu untuk masuk. Namun hanya boleh menarik orang ramai melihat dan bukan merubah keputusan. Desakan di meja rundingan dalam bilik memang orang tak dengar, tetapi hasilnya muncul selepas habis mesyuarat. Kadang-kadang mesyuarat lambat habis. Isu penjualan tanah Tabung Haji adalah antara contoh terbaik. 

Kelantan sebagai negeri contoh dikuasai sepenuhnya oleh PAS

Kelantan telah menghapuskan sepenuhnya judi, mengawal penjualan arak dan beberapa perkara lagi. Ia diikuti oleh Terengganu dan insya-Allah Kedah. 

Jika anda adalah pejuang tegar judi dihapuskan, anda perlu memberi sokongan penuh hingga PAS miliki kuasa dominan di peringkat pusat. Bukan hanya judi cabutan malah ibu judi di Genting Highlands akan jadi sasaran.

Keadaan politik di Malaysia sekarang tidak stabil

Ia berpunca gangguan ‘PM tepi’ dan sekutunya PH. Ia juga turut menjadi modal ancaman kepada beberapa orang yang terdesak untuk membebaskan diri dari kes di mahkamah. 

Situasi ini menjadi sukar untuk kerajaan melaksanakan agendanya. Isu belanjawan negara untuk kepentingan negara pun sukar untuk mendapat keputusan tuntas. Isu sampingan seperti KWSP di jadikan nafas politik menyambung nyawa. Tentulah kerajaan sukar melaksanakan agenda lain. 

Serangan kepada PAS sebenarnya adalah satu keyakinan bahawa hanya PAS yang mampu perjuangkan agenda ini

Ibarat perompak… Hanya melihat PAS yang miliki harta ini, maka PAS lah jadi sasaran. Demikian harapan dan kepercayaan kawan dan lawan kepada PAS dalam isu agama. Ternyata secara sedar atau tidak PAS satu satunya parti yang dilihat dan diyakini memperjuangkan Islam. sebab itu semua isu agama disandarkan kepada PAS. Terima kasih atas keyakinan itu. 

Apa yang perlu disedari kini, PAS juga adalah satu-satunya parti yang belum pernah diberi kepercayaan mendominasi kuasa politik di peringkat pusat. Segala tohmahan parti kampung, lebai, ekstrem dan seribu satu tuduhan lagi sudah dinafikan oleh pemerintahan PAS di Kelantan. Saya hanya merujuk Kelantan kerana telah dipimpin selama lebih 30 tahun berketuakan ‘lebai kampung’. Ternyata lebai kampung ini bersih dari rasuah. Satu penyakit kronik yang menimpa pemerintahan dan ahli politik negara.

Mengapa anda tidak mencuba parti lebai kampung yang telah membuktikan kecemerlangannya memimpin umat Melayu Islam dengan baik dan bersih…? Kata orang Kelantan, jangan buang budu hanya kerana bau, rasa dulu, baru ketagih berminggu. 

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 2/1/2021

- Advertisement -