Normalisasi: Tawaran Israel terhadap Indonesia

- Advertisement -

BEBERAPA artikel saya sebelum ini ada menghuraikan mengenai situasi politik Indonesia.

(1) Idea Melayu Raya Dan Borneo Yang Sedang Diagendakan (2 November 2019) [1].
(2) Apa Yang Terjadi Di Indonesia (9 Oktober 2020) [2].

Baru ini kita dikhabarkan bahawa Israel menawarkan berbillion kekayaan untuk menggula-gulakan Indonesia sekiranya dapat menyertai projek normalisasi [3]. 

- Advertisement -

Pada zaman Pakatan Harapan memerintah 22 bulan, turut dapat dihidu beberapa usaha untuk menguasai Borneo sepertimana artikel yang telah saya tulis pada 2 November 2019 [1].

Pada tahun ini Indonesia dilanda penunjuk perasaan akibat pindaan RUU yang menambahkan cengkaman Kapitalism di bumi itu sepertimana tulisan saya pada 9 Oktober tahun ini [2].

Kita juga mendengar beberapa usaha China memasuki perairan Laut China Selatan beberapa kali, dan wujudnya usaha Amerika untuk menyekat. Laut China Selatan semakin menggelegak.

Politik Indonesia sedang berada dalam ‘game’. Pada 2017 kebangkitan menentang Ahok dipimpin oleh Habib Rizieq. Kelantangannya menyebabkan gerakan FPI yang dipimpin oleh beliau disekat oleh Kerajaan Jokowi.

Namun, pada akhir 2019, kehadiran Habib Ali Jufri di negara itu membawa fenomena agar Umat Islam menjauhkan diri daripada sebarang seruan ke arah mengembalikan khilafah atas alasan keganasan yang memperguna atas nama Islam di Asia Barat. 

Beliau dikenali sebagai individu penting dalam Tabah Foundation yang diasaskan oleh UAE sebagai soft-power. Kehadiran beliau berikutan ‘perkampungan para Habaib’ selama beberapa bulan di negara itu, dengan diadakan pelbagai program dan majlis. 

Tidak lain tidak bukan, mereka yang dimaksudkan itu adalah ISIS dan sealiran dengannya yang merupakan agenda Barat itu sendiri, yang memperguna seruan mengembalikan Khilafah dengan cara keganasan. 

Disebabkan alasan itu, tokoh-tokoh ilmuan UAE terus mengajak Umat Islam menjauhi sebarang seruan ke arah pembentukan pemerintahan Islam (Khilafah Islamiah). Bahkan mereka mengajak manusia lebih ke arah jaga hati, amalkan kesufian dan sebagainya.

Method ini berbeza dengan pembawaan Habib Rizieq dan FPI yang dicantas oleh kerajaan Jokowi. Probowo yang dahulunya disokong oleh Habib Rizieq, dan menjadi harapan ketika itu akhirnya dilihat semakin tidak lantang setelah diberi jawatan Menteri Pertahanan.

Selain itu, politik Indonesia lebih rancak apabila beberapa individu ‘penting’ dilantik menjawat beberapa posisi utama dalam kerajaan. Iaitu Sandiaga Uno sebagai Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif dan Yaqut Cholis Qoumas sebagai Menteri Agama.

Pelantikan Sandiaga sebagai menteri dilihat sebagai upah kepada Gerindra (Parti Probowo). Manakala Yaqut pula pernah memimpin Barisan Asnor Serbaguna Nahdatul Ulamak yang berperanan menyekat ulamak-ulamak yang kontra dengan Jokowi.

Kita perlu sedar bahawa majoriti Umat Islam bukanlah berada di Negara Arab atau Afrika. Akan tetapi majoritinya berada di Asia Pasifik, termasuklah rantau kita. Kajian Pew Research Center pada 2010, 61.7 peratus Umat Islam berada di Asia Pasifik iaitu sebanyak 986.4 juta orang. Asia Barat 19.8 peratus dan Afrika 15.5 peratus.

Dalam link-link yang saya kongsikan di atas ada menghuraikan kepentingan Selat Melaka. Kalau Tanduk Afrika yang penting itu sudah bergolak negara-negara di sekitarnya, bagaimana pula dengan Selat Melaka yang sama pentingnya dengan Tanduk Afrika?

Maka, sudah pasti ‘mereka’ takkan membiarkan kita selesa.

MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL
24 Disember 2020 – HARAKAHDAILY 24/12/2020

[1] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3134002149974857/?extid=0&d=n
[2] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/4450268235014902/?extid=0&d=n
[3] https://www.aljazeera.com/news/2020/12/22/indonesia-could-get-billions-in-us-funding-to-join-israel-push

- Advertisement -