ADUN pantau lokasi banjir jam 2 pagi

- Advertisement -

KUALA KRAI: Seramai 47 mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil dekat sini dipindahkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pagi tadi.

Banjir mula melanda beberapa kampung di DUN berkenaan berikutan hujan lebat sejak awal pagi semalam.

- Advertisement -

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Hilmi Abdullah berkata, mangsa dari sembilan keluarga itu dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai.

Manakala lima lagi keluarga dipindahkan ke Pejabat Veterinar.Ketika dihubungi beliau memberitahu semua mangsa banjir pergi sendiri ke PPS yang ditetapkan kerajaan.

“Malam tadi kita bersama taskforce meninjau dan mengawasi keadaan air semasa sehingga jam 2 pagi.

“Kami sudah jangka hujan turun dengan lebat malam tadi dan akan berlaku banjir khususnya di kawasan rendah,” ujarnya.

Katanya, beliau bersama team task force banjir DUN Guchil menasihatkan penduduk yang terlibat supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir. – HARAKAHDAILY 18/12/2020

- Advertisement -