Normalisasi yang melanggar banyak larangan agama

SEMALAM di Masjid Rusila, baca Hadis-hadis akhir zaman mengenai kaum Arab dari buku Huraian Hadis Geoeskatologi. Betapa rosaknya mereka hari ini sebagaimana yang Nabi nyatakan. 

Tanah yang dilarang didiami oleh orang kafir, kini siap dibina rumah ibadat mereka. Disko, sarkas, konsert artis Hollywood, KPOP, dan kelab malam semakin rancak. Kekayaan digunakan untuk bermewah, tidak mengalir ke Negara Islam lain yang dilanda krisis kecuali sangat sedikit, normalisasi Israel dan provokasi terhadap sektarian Islam. 

Advertisement

Pagi ini baru baca berita, Delegasi Negara Arab (baca: Muslim) turut serta meraikan perayaan Hannukah di Tembok Barat, Bandar Lama Jurusalem. Mereka menyaksikan upacara menyalakan lilin yang menjadi kebanggaan masyarakat Yahudi. Jelas ia merupakan upacara keagamaan yang dilarang oleh Islam menyambutnya.

Tambahan, ia bukan agama biasa. Ia agama Yahudi; agama yang paling kuat bermusuh dengan Islam. Firman Allah S.W.T:

۞لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۖ 

“Kamu akan dapati yang paling kuat bermusuh dengan kamu adalah Yahudi dan yang syirik.”

[al-Ma’idah: 82]

Apa yang sedih, agamawan Arab sedang cuba menormalisasikan pula normalisasi pemerintah mereka terhadap Israel. Mencari hujah-hujah menghalalkan bahkan menggalakkan hubungan intim Islam-Israel. Imam Masjidil Haram sendiri berkhutbah menjustifikasikan normalisasi.

Sehasta demi sehasta, sejengkal demi sejengkal, Arab hilang pedoman angkara Yahudi-Nasrani.

Rakaman: https://fb.watch/2pKtvL6p31/

ALANG IBN SHUKRIMUN – HARAKAHDAILY 17/12/2020