Tanah milik FELDA diambil alih semula dari FGV

- Advertisement -

LANGKAH kerajaan mengambil alih semula tanah milik FELDA yang dipajak kepada FGV Holdings Bhd (FGV), adalah demi menyelamatkan institusi milik orang Melayu itu.

Perkara itu saya jelaskan semasa perjumpaan bersama masyarakat Parlimen Pagoh, di Dewan Serbaguna Felda Sri Jaya, Bukit Serampang, petang tadi.

Saya jelaskan yang kerajaan perlu mengambil langkah drastik itu setelah pendapatan FELDA daripada keuntungan operasi ladangnya merosot sejak 2012 selepas FGV disenaraikan sebagai syarikat awam di Bursa Malaysia. 

- Advertisement -

Alhamdulillah, saya yang sememangnya dari awal tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan menyerahkan FELDA kepada FGV telah diberi jaminan oleh Pengerusi FELDA sekarang iaitu Datuk Seri Idris Jusoh dan pasukannya bahawa pelan transformasi yang sedang disusun mampu mengukuhkan kembali kedudukan kewangan FELDA menjelang 2023, sekali gus menjanjikan pulangan hasil lebih baik kepada warga peneroka. 

Pada majlis itu saya turut menyerahkan sumbangan RM15,000 kepada lima buah klinik di dalam Parlimen Pagoh untuk menjayakan Program Khatan 2020.

Sejumlah RM376,000 turut diserahkan kepada 44 buah masjid dan 73 surau di Parlimen Pagoh untuk melaksanakan program menyemarakkan syiar Islam dengan setiap masjid dan surau masing-masing menerima RM5,000 dan RM2,000.

YAB TAN SRI DATO’ MUHYIDDIN MOHD YASSIN
Perdana Menteri Malaysia – HARAKAHDAILY 13/12/2020

- Advertisement -