Presiden PAS terus memimpin perdamaian politik

- Advertisement -

TUAN Guru dedahkan dari awal apa berlaku sehingga berubah kerajaan dari Pakatan Harapan (PH) ke Perikatan Nasional (PN). Apa peranan beliau mainkan di peringkat nasional. Bermula dari Agong panggil, Perdana Menteri (PM) (Tun) panggil, bekas-bekas PM panggil. Lalu sepakat nak tukar kerajaan. Kumpul Ahli-ahli Parlimen Islam dan beberapa Ahli Parlimen lain. Dapatlah simple majority.

Tun buat hal di tengah jalan. Tuan Guru tak mahu khianati persefahaman. Akhirnya pilih Tan Sri Muhyiddin. Umno-BERSATU berkelahi pula. Akhirnya cadang tak payah ada Timbalan PM. Masih lagi berkelahi tak sudah. Tuan Guru sentiasa jadi orang tengah mendamaikan. 

Dengan perkembangan politik hari ini, banyak lagi kerja yang perlu Tuan Guru selesaikan. Impian Tuan Guru hanya satu, kuasa politik orang Islam terjaga. Malaysia kekal sebagai negara dengan identiti Tanah Melayu tanpa menzalimi kaum lain.

- Advertisement -

Tuan Guru banyak sibuk di ibu kota. Menguruskan politik negara yang masih tak stabil. Bila ada kesempatan untuk berkumpul dalam majlis di kampung bersama sahabat-sahabat lama, beliau sayu melihat wajah-wajah yang ada. Ramai yang sebayanya sudah tiada. Tinggal yang muda-muda saja.

Menitis air matanya mengenang mereka yang dahulu berjuang bersama. Bukan mudah PAS nak berada di posisi sekarang. Lagi bukan mudah untuk orang Islam bersatu seperti sekarang. Melihat wajah Tuan Guru, tampak beliau keletihan. Tapi masih semangat menggalas amanah selagi diberikan kudrat.

Dalam raut wajah yang sedih, terukir keikhlasan, kesungguhan dan ketenangan. Hati mana tidak runtun bila melihat rintihan beliau. Walaupun beliau tidak mengadu terang-terangan, ianya terzahir jelas. Beliau juga manusia biasa seperti kita.

Tapi, watak beliau masih sangat diperlukan oleh umat Islam di Malaysia, bahkan di persada Antarabangsa. Teruslah bersabar duhai Tuan Guru. Teruskan mara membawa obor perjuangan ini. Kami sentiasa di belakangmu membantu.

Seeru Ala Barakatillah... Tuhan pasti tidak akan sia-siakan segala keringat dan darahmu. Yakinlah, Allah sedang menyiapkan mahligai indah untukmu berehat di sana nanti..

Ayah Chik…!!!

ALANG IBN SHUKRIMUN – HARAKAHDAILY 7/12/2020

- Advertisement -