Muhasabah Syawal: Berjayakah Ramadan kita?

Peringatan khusus buat Pemuda PAS dan umum buat semua

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, semalam raya 1 Syawal 1441H. Ia disambut dengan penuh kegembiraan dan sederhana bersesuaian dengan keadaan negara kita sekarang. Kita perlu sabar, redha dan berharap pada Allah S.W.T atas segala ujian-Nya. Pasti ada hikmah yang terbaik kepada hamba-Nya yang beriman.

- Advertisement -

Ramadan pula baru saja pergi meninggalkan kita. Pelbagai amalan wajib dan sunat kita laksanakan di festival ibadah ini. Akademi Tarbiyah Pemuda PAS (AKTAR) pula memperkenalkan Program Mutaba’ah Ramadan (sebahagian dari Projek 12k Ansarullah) dengan mempertekankan beberapa amalan sunat harian yang perlu dilaksanakan pada bulan Ramadan dan diteruskan momentumnya pada bulan Syawal ini dan bulan-bulan berikutnya.

Jom kita sama-sama muhasabah amalan harian kita. Adakah kita istiqamah dengan amalan-amalan sunat ini? Apakah kita Graduan Madrasah Ramadan yang berjaya atau sebaliknya:

(1) Solat berjamaah Maghrib
(2) Solat sunat muakkad rawatib ba’diah selepas Maghrib (2 rakaat)
(3) Solat berjamaah Isyak
(4) Solat sunat muakkad rawatib ba’diah selepas Isyak (2 rakaat)
(5) Solat sunat Tahajjuj (Qiammullail)
(6) Solat sunat muakkad witir (3 rakaat)
(7) Solat sunat muakkad rawatib sebelum Subuh (2 rakaat)
(8) Solat berjamaah Subuh
(9) Solat sunat Dhuha (4 rakaat)
(10) Solat sunat muakkad rawatib qabliah sebelum Zohor (2 rakaat)
(11) Solat berjamaah Zohor
(12) Solat sunat muakkad rawatib ba’diah selepas Zohor (2 rakaat)
(13) Solat sunat rawatib qabliah sebelum Asar (2 rakaat)
(14) Solat berjamaah Asar
(15) Bacaan al-Quran (minimum 10 ayat)
(16) Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W (minimum 100 kali)
(17) Istighfar (minimum 100 kali)
(18) Bersedekah (minimum RM1)
(19) Membaca buku yang berfaedah
(20) Zikir pagi (Al-Ma’thurat / mana-mana zikir)
(21) Zikir petang (Al-Ma’thurat / mana-mana zikir)

Lulus atau tidak? Jawapannya adalah pada kita dan untuk kita. Berusahalah untuk istiqamah kerana kita beramal bukan kerana Ramadan, tetapi kita beramal kerana Allah S.W.T dan Allah berada di semua bulan.

*Gambar Hiasan: Tertidur selepas baca Mathurat sebelum berbuka

IR HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 25/5/2020

- Advertisement -