Kelulusan operasi kilang arak batal serta-merta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kabinet hari ini telah memutuskan untuk membatalkan kelulusan operasi kilang arak Heniken dan Carlsberg sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

- Advertisement -

Ia berikutan tular di media sosial berkaitan surat membenarkan syarikat arak berkenaan untuk beroperasi dalam tempoh PKP.

Susulan itu, Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengeluarkan arahan pembatalan tersebut serta merta.

“Hari ini dalam mesyuarat khas Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah membuat keputusan bahawa kelulusan yang diberikan itu terbatal atau dibatalkan.

“Pihak MITI akan keluarkan surat pembatalan serta merta. Jadi tidak timbul isu lagi tentang kilang Heniken dan Carlsberg yang beroperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas Kabinet hari ini. – HARAKAHDAILY 6/4/2020

- Advertisement -